Utusan Borneo (Sarawak)

Schalke batalkan kontrak Ibisevic, gantung dua pemain lain

-

BERLIN: Kelab tercorot Bundesliga Schalke 04 kelmarin membatalka­n kontrak penyerang veteran Vedad Ibisevic, manakala dua pemain tengah Amine Harit dan Nabil Bentaleb telah digantung “sehingga notis selanjutny­a”.

Schalke tidak menang dalam 24 perlawanan liga terakhir mereka sejak Januari lalu dan terjebak dalam usaha untuk mengelak relegasi.

Selepas menandatan­gani kontrak setahun hanya pada September lalu, kontrak Ibisevic, penyerang Bosnia dan Herzegovin­a, akan ditamatkan pada 31 Disember.

“Daripada perspektif kami, ia masuk akal untuk menamatkan kerjasama kami dan keluar dengan baik,” kata pengarah sukan Jochen Schneider mengenai pemberhent­ian mengejut Ibisevic.

Pemain berusia 36 tahun itu telah diberhenti­kan ekoran satu pergaduhan di padang latih dengan penolong jurulatih Schalke, Naldo, pada Ahad lepas, tetapi Schneider berkata itu bukan sebab bagi pemergian Ibisevic.

“Schalke ternyata tidak cocok seperti apa yang kami telah janjikan dengan satu sama lain,” tambahnya.

Dengan pemergian Ibisevic, pemain tengah Algeria, Bentaleb, dan penyerang Maghribi berusia 23 tahun, Harit, akan “berlatih secara individu sehingga notis selanjutny­a”.

Ekoran kekalahan 2-0 kepda Wolfsburg pada Sabtu lepas, Schneider berkata aspek tingkah laku Harit “tidak okay”.

“Itulah sebabnya kenapa Amine telah diberi masa untuk berfikir,” tambah Schneider, sebelum menegaskan Bentalib, bekas pemain Tottenham berusia 26 tahun, tidak ada masa depan di kelab itu.

"Schalke dan Nabil Bentaleb jelas tidak padan. Kami akan berpisah paling awal pada musim panas 2021.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia