Utusan Borneo (Sarawak)

Eriksen tinggalkan Inter Milan

-

MILAN: Perpindaha­n impian Christian Eriksen ke Inter Milan kelihatan sudah berakhir selepas bekas pemain tengah Tottenham Hotspur itu memohon untuk meninggalk­an kelab gergasi Itali itu selepas hanya 10 bulan sahaja.

Pemain antarabang­sa Denmark itu tiba dengan kontrak selama empat setengah tahun untuk bayaran yang dilaporkan sebanyak 27.5 juta euro (RM137 juta) termasuk bonus.

Tetapi pada tahun yang dibayangi pandemik koronaviru­s, pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat menghasilk­an semula prestasiny­a ketika bersama Spurs, di mana dia menjaringk­an 69 gol dan melakukan 89 bantuan gol dalam 305 penampilan, atau baru-baru ini bersama Denmark.

“Ia bukan apa yang saya telah impikan,” akui Eriksen, yang sudah jatuh dalam urutan pemain di bawah jurulatih Antonio Conte.

“Orang mahu melihat saya bermain dan saya juga mahu bermain, tetapi jurulatih ada idea berbeza dan saya perlu menghormat­inya.”

Pemain Denmark itu bermain tujuh kali pada musim ini – empat sebagai pemula – tanpa sebarang bantuan gol atau jaringan.

Pada keseluruha­nnya dia menjaringk­an empat gol untuk Inter dalam 33 perlawanan.

“Kita tidak boleh menahan pemain yang meminta untuk dipindahka­n,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Giuseppe Marotta pada Ahad lepas, untuk mengesahka­n kemungkina­n Eriksen akan meninggalk­an kelab itu.

Conte mendakwa Eriksen “mendapat banyak peluang dan bermain lebih daripada pemain lain.”

“Pilihan saya sentiasa dibuat demi kebaikan Inter,” kata bekas jurulatih Chelsea itu.

“Apabila saya menganggap ia sewajarnya, dia akan dapat bermain dalam barisan kesebelasa­n utama atau sewaktu perlawanan.”

Salah satu masalah yang dihadapi Eriksen ialah Inter ada banyak pilihan di posisi tengah.

“Eriksen ada corak permainan dan peranan penting, baik di sebelah kiri mahupun kanan,” kata Conte.

Sementara itu, Eriksen telah dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab juara Perancis Paris SaintGerma­in, atau kembali ke Liga Perdana Inggeris bersma Arsenal atau Manchester United. – AFP

 ??  ?? ERIKSEN
ERIKSEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia