Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain golf junior juara Golf Pingat Bulanan November Sibu

-

SIBU: Pemain golf junior, Reynard Lau muncul juara dalam Kejohanan Golf Pingat Bulanan November yang diadakan di Padang Golf Sibu, di sini hujung minggu lalu.

Pelajar tahun lima SJK Chung Sing yang berumur 11 tahun itu melepaskan 63 pukulan untuk memenangi gelaran dalam Kumpulan B (Handicap 19-36).

Ini adalah kejuaraan kedua dalam tempoh kurang dua bulan bagi Lau dalam kejohanan tersebut.

Dalam kejohanan Pingat Bulanan September, Lau berjaya mendapatka­n skor 71 dalam kategori yang sama pada 20 September lalu.

"Saya lebih yakin bermain golf sekarang setelah memenangi dua gelaran dalam tempoh kurang daripada dua bulan," katanya.

Lau berkata, sasaran beliau kini adalah untuk menyertai kejohanan golf peringkat negeri.

"Justeru saya berharap pandemik COVID-19 akan segera pulih dan keadaan kembali kepada keadaan biasa aktiviti bermain golf dapat disambung semula," tambahnya.

Sementara itu, Patrick Be muncul pemenang tempat kedua diikuti Luke Lau.

Sementara itu, kapten Kelab Golf Sibu (SGC) Wong Lay Nam memuji Lau atas pencapaian­nya dan beliau berharap pemain golf muda itu akan menjadi pemain golf yang cemerlang pada masa akan datang.

“Reynard adalah pemain golf yang sangat berbakat. Dia hanya perlu berlatih secara konsisten dan mengambil bahagian dalam lebih banyak pertanding­an untuk memperbaik­i dan meningkatk­an kemahiran diri," tegasnya.

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia