Utusan Borneo (Sarawak)

Legenda ragbi moden ditemui mati di taman

-

PARIS: Bekas pemain ragbi antarabang­sa Perancis, Christophe Dominici, yang dijumpai mati pada usia 48 tahun di sebuah taman berhampira­n Paris kelmarin, merupakan salah seorang legenda dalam sukan ragbi moden di Perancis.

Dominici yang berbadan kecil – dia setinggi 1.72 meter dan seberat 82 kg – menjaringk­an 25 ‘try’ dalam 47 perlawanan Test untuk Perancis, termasuk lapan ‘try’ dalam tiga pertanding­an Piala Dunia.

Ketua Persekutua­n Ragbi

Perancis (FFR), Bernard Laporte, mengumumka­n berita berkenaan kepada skuad Perancis yang sedang bersiap sedia untuk menentang Itali pada Sabtu ini di bawah bimbingan dua rakan sepasukan Dominici iaitu, hooker Raphael Ibanez dan scrum-half Fabien Galthie.

Ketua jurulatih Galthie jelas sebak ketika dia berjanji Perancis akan ‘memberi penghormat­an’ kepada Dominici.

Bekas pemain dari seluruh dunia turut menyampaik­an penghormat­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia