Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG VAN KETIKA MENUJU KE TEMPAT KERJA

-

MIRI: Seorang lelaki maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggang­inya berlanggar dengan sebuah van di Kilometer 13 Jalan Miri Bypass di sini, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Firdauz Abdullah, 29, dari Lusut Jaya 1, Taman Tunku.

“Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Taman Tunku menuju ke tempat kerja di Tudan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah van yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai ingin memasuki simpang sebelah kanan bertembung dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentang­an.

“Kemalangan tersebut menyebabka­n mangsa terpelanti­ng ke bahu jalan sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans lebih kurang jam 8.20 pagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini.

Sementara itu Alexson berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas hujan, manakala jalan raya masih dalam pembinaan dan tiada tanda garisan tengah jalan.

“Mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke bahagian forensik Hospital Miri untuk tindakan selanjutny­a, sementara pemandu van dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” ujar beliau.

 ??  ?? TRAGIK: Keadaan lokasi kemalangan di KM 13 Jalan
Miri Bypass, semalam.
TRAGIK: Keadaan lokasi kemalangan di KM 13 Jalan Miri Bypass, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia