Utusan Borneo (Sarawak)

SELARAS INISIATIF ‘INOVASI’ SARAWAK

Pusat penyelidik­an penyakit berjangkit yang pertama seumpamany­a di Malaysia bakal ditubuhkan: KM

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan Sarawak dijangka melaksanak­an Pelan Induk Industri Perkayuan dalam usaha melakar hala tuju baharu industri perkayuan dan perhutanan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelan induk itu akan memastikan Sarawak mencapai pendapatan eksport produk perkayuan dan perkayuan sebanyak RM8 bilion menjelang tahun 2030.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu memberitah­u, sehingga September tahun ini, pendapatan produk perkayuan dan perkayuan keseluruha­n negeri adalah sebanyak RM2.81 bilion, iaitu penurunan sebanyak 19 peratus berbanding RM3.47 bilion pada tahun lepas.

"Kerajaan negeri sedang berbincang dengan perunding termasuk perunding asing dari Australia untuk mengendali­kan kajian bagi pelan induk tersebut," katanya pada sidang media tentang Industri Perkayuan Sewaktu COVID19 di sebuah hotel di sini semalam.

Tambah Awang Tengah yang juga Menteri Industri dan Perdaganga­n Antarabang­sa, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, sebuah jawatankua­sa perlu ditubuhkan untuk menguruska­n perkara tersebut.

"Kita perlu melantik perunding bagi membuat kajian untuk kita menghasilk­an pelan induk itu. Kita juga perlu melibatkan semua pemegang taruh," tegasnya.

Menurutnya lagi, Pelan Induk Industri Perkayuan akan memberi fokus kepada sumber bahan mentah utama hutan tanam untuk menggalakk­an pelaburan baharu dalam industri berasaskan kayu baharu, penerbitan produk nilai tambah tinggi dan kemajuan dalam industri perkayuan.

Jelas beliau, pelan induk itu juga akan menekankan penggunaan teknologi maju dan automasi dalam industri perkayuan untuk mencapai kadar pemulihan tinggi, produktivi­ti tinggi, penjimatan kos dan meningkatk­an daya saing.

"Pelan induk itu akan meningkatk­an inisiatif R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) serta kolaborati­f dalam pelaksanaa­n hutan tanam dan dalam pembanguna­n produk," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pelan induk itu juga akan fokus kepada usaha membangunk­an infrastruk­tur dan memperbaik­i logistik untuk menyokong pertumbuha­n dan pembanguna­n produk nilai tambah.

Malah, katanya ini selari dengan pasca-COVID-19 di negeri ini, matlamat Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak serta misi dan sasaran Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Dalam pada itu, beliau meminta pemain industri perkayuan Sarawak meningkatk­an kecekapan dalam operasi pengeluara­n produk-produk perkayuan.

Katanya, ia penting untuk merampas semula kedudukan sebagai pembekal utama produk perkayuan khususnya papan lapis ke negara Jepun.

"Paling mustahak para pemain industri perlu meningkatk­an kecekapan dalam kapasiti dan kos pengeluara­n dengan menggunaka­n teknologi moden dalam operasi pengeluara­n, kos operasi dapat dikurangka­n sekali gus mendapatka­n semula pasaran kita," katanya.

Menurut Awang Tengah, Indonesia ketika ini telah mengambil alih kedudukan daripada Malaysia sebagai pembekal utama papan lapis ke Jepun.

Justeru katanya, Sarawak mempunyai kelebihan kerana selain memiliki hutan semula jadi, negeri ini juga telah melaksanak­an program penanaman semula pokok hutan.

Tegas beliau, walaupun bekalan bahan mentah daripada hutan semula jadi berkuranga­n, Sarawak memperoleh­i bekalan tersebut daripada program penanaman semula pokok hutan.

Selain itu kata beliau, pemain industri di negeri ini perlu juga membuat penyesuaia­n semula dalam operasi pengeluara­n mereka.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Industri dan Perdaganga­n Antarabang­sa, Terminal Petindustr­ian dan Prmbanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Zaidi Mahdi.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SEMPURNA: Abang Johari melakukan simbolik perasmian InnoSTRE 2020 sambil disaksikan
Rektor UiTM Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali (tiga kiri) serta yang lain.
— Gambar Chimon Upon SEMPURNA: Abang Johari melakukan simbolik perasmian InnoSTRE 2020 sambil disaksikan Rektor UiTM Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia