Utusan Borneo (Sarawak)

FIRMINO PELENGKAP SKUAD

Klopp menegaskan pemain itu merupakan peranan penting dalam ‘orkestra’ di Anfield

-

LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata Roberto Firmino merupakan pemain penting di dalam ‘orkestra’ di Anfield walaupun penyerang Brazil itu jarang menjaringk­an gol untuk juara Liga Perdana Inggeris itu.

Tandukan Firmino dalam kemenangan 3-0 pada Ahad lepaskeata­sLeicester­merupakan golnya yang keenam pada keseluruha­n tahun 2020.

Kekurangan jaringan Firmino amat berbeza sekali dengan tiga penyerang Klopp yang menjaringk­an gol dengan bebas, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Diogo Jota.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak pernah dianggap sebagai penyudah yang tulen, tetapi kritikan mengenai kekurangan jaringanny­a semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanap­un Klopp, yang menyaksika­n pasukannya menerima kunjungan Atalanta dalam Liga JuaraJuara semalam, menegaskan nilai Firmino diukur bukan dengan jaringan sahaja.

“Menjaringk­an gol sentiasa penting bagi Bobby tetapi Bobby adalah seorang pemain bola sepak yang lengkap,” kata Klopp kelmarin.

“Sebuah pasukan bola sepak adalah umpama sebuah orkestra, kita ada orang yang berbeza untuk alat yang berbeza, dan ada daripada mereka yang lebih nyaring

Bobby bermain 12 alat dalam orkestra kami. Dia sangat penting bagi

” irama kami.

Juergen Klopp

Pengurus Liverpool

daripada orang lain, tetapi semua mereka adalah penting untuk membentuk irama.

“Bobby bermain 12 alat dalam orkestra kami. Dia sangat penting bagi irama kami.”

Prestasi cemerlang Jota sejak dia tiba dari Wolves telah menimbulka­n tanda tanya tentang tempat Firmino dalam barisan kesebelasa­n utama, tetapi Klopp berkata dia tidak bimbang mengenai pemain Brazil itu.

“Saya tidak bimbang tentang apa-apa dengan Bobby, tetapi saya tahu dari semasa ke semasa, dia menjaringk­an gol,” katanya.

“Gol ini penting, dan apa yang saya paling suka adalah reaksi pemain. Anda melihat kegembiraa­n mereka.

“Pemain sudah tentu membaca akhbar, malangnya, dan mereka melihat beberapa kritikan, jadi mereka amat gembira melihatnya menjaringk­an gol.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TONGGAK: Gambar fail menunjukka­n aksi Firmino (tengah) ketika beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Leicester City di Anfield pada 22 November lalu.
— Gambar AFP TONGGAK: Gambar fail menunjukka­n aksi Firmino (tengah) ketika beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Leicester City di Anfield pada 22 November lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia