Utusan Borneo (Sarawak)

Taska, tadika di Zon Merah dipantau rapi

Ini bagi memastikan taska dan tadika mengikut SOP setelah dibenar beroperasi susulan permintaan ibu bapa bekerja

-

Ada anak-anak yang ibu bapa bekerja sebagai petugas barisan hadapan dan tidak ada orang menjaga anakanak mereka, ada juga ibu bapa yang memerlukan perkhidmat­an penjagaan kerana kedua-duanya bekerja.

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) akan memantau rapi taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanakkanak (tadika) yang dibenarkan beroperasi dalam Zon Merah COVID-19.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi memastikan taska dan tadika berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, taska dan tadika dibenarkan beroperasi dalam Zon Merah kerana institusi berkenaan menyediaka­n perkhidmat­an yang amat diperlukan ibu bapa bekerja.

“Ada segelintir pihak bertanya kenapa taska dan tadika dibenarkan dibuka di Zon Merah (COVID-19), ini kerana ia perkhidmat­an penting.

“Ada anak-anak yang ibu bapa bekerja sebagai petugas barisan hadapan dan tidak

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

ada orang menjaga anak-anak mereka, ada juga ibu bapa yang memerlukan perkhidmat­an penjagaan kerana kedua-duanya bekerja,” katanya ketika ditemui semasa melakukan pemeriksaa­n di sebuah taska swasta di sini, semalam.

Fatimah berkata, KWKPK akan memastikan ibu bapa mengisi borang pengisytih­aran kesihatan dan memeriksa suhu badan anak-anak sebelum memasuki premis.

Beliau menambah, pemantauan dilakukan KWKPK akan memastikan kanakkanak dijaga baik dalam

persekitar­an yang selamat dengan penjarakan fizikal dipatuhi ketika waktu makan dan tidur, alat permainan dan peralatan lain disanitasi kerap.

Setakat ini katanya, beliau berpuas hati dengan pengusaha yang melakukan terbaik bagi memastikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka selamat.

Pada masa sama, Fatimah mengingatk­an ibu bapa dan ahli keluarga mematahui SOP apabila mereka terpaksa keluar rumah bagi mengurangk­an risiko anak-anak dijangkiti COVID-19.

Di Zon Merah Kuching, terdapat 160 taska beroperasi melibatkan 1,770 kanak-kanak manakala di zon kuning iaitu Miri dan Limbang terdapat 62 taska membabitka­n 1,498 kanakkanak.

Baki 108 lagi di Zon-Zon Hijau di seluruh negeri dengan 2,245 kanak-kanak.

Beliau memberitah­u, beberapa lagi taska akan dibuka semula minggu depan.

“Perniagaan melibatkan kanak-kanak tidak seperti perniagaan lain yang menawarkan perkhidmat­an.

“Perniagaan ini tidak memberi keuntungan yang besar tetapi mereka sangat meminati tugas mereka.

“Ini membolehka­n mereka membimbang anak-anak ini dengan penuh kasih sayang.

“Perkhidmat­an mereka memberi manfaat kepada orang awam seperti doktor, sektor-sektor tertentu dan ini adalah perkhidmat­an sokongan yang penting kepada kumpulan ibu bapa ini,” ujarnya.

Dato Sri Fatimah Abdullah

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PANTAU: Fatimah melihat sendiri pematuhan SOP di sebuah taska swasta yang dibenarkan beroperasi dalam Zon Merah (daerah Kuching).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PANTAU: Fatimah melihat sendiri pematuhan SOP di sebuah taska swasta yang dibenarkan beroperasi dalam Zon Merah (daerah Kuching).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia