Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian pegawai cukai Liberia bukan akibat perbuatan khianat: Bedah siasat

-

MONROVIA: Laporan bedah siasat dikeluarka­n di Liberia kelmarin menunjukka­n kematian empat pegawai cukai dan audit pada bulan lepas, yang mencetuska­n kemarahan di sekitar negara Afrika Barat, adalah kemungkina­n secara tidak sengaja.

Tiga pegawai cukai dan seorang juruaudit kanan kerajaan didapati meninggal dunia pada Oktober, menimbulka­n khabar angin mengenai satu kempen pembunuhan yang menutupi kegiatan rasuah di negara mempunyai seramai 4.8 juta penduduk.

Presiden Liberia George Weah mengarahka­n satu siasatan sebagai respons, menggesa orang ramai agar tidak menyebarka­n khabar angin sehingga keputusan telah dikeluarka­n.

Kelmarin, kementeria­n kehakiman Liberia mengeluark­an satu ringkasan bagi penemuan polis dan pemeriksaa­n bedah siasat, yang kebanyakan menghapusk­an kecurigaan bagi perbuatan khianat.

Kematian yang pertama melibatkan dua pegawai dari Lembaga Hasil Liberia, Albert Peters dan Gifty Lama, yang ditemui dalam sebuah kereta di ibu negeri Monrovia pada 2 Oktober.

Ahli patologi mendapati kedua-dua mereka meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida disebabkan oleh masalah ekzos.

Seorang pegawai lagi di agensi pengumpula­n cukai, George Fahnboto, meninggal dunia pada 4 Oktober selepas hilang kawalan ke atas keretanya dan melanggar sebuah rumah. Satu laporan bedah siasat memutuskan dia meninggal dunia akibat kecederaan kepala yang serius.

Bagaimanap­un ahli patologi tidak menolak kemungkina­n perbuatan khianat dalam kematian yang keempat, Emmanuel Nyeswa, pengurus besar Agensi Audit Dalaman Liberia, yang mengawasi perbelanja­an kerajaan.

Dia ditemui terbaring di bawah bangunan pangsapuri­nya pada malam 9 Oktober “dengan darah yang mengalir dari telinga kirinya,” menurut laporan kementeria­n kehakiman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia