Utusan Borneo (Sarawak)

Israel bedil kedudukan tentera Syria

-

DAMASCUS: Tentera rejim Israel membedil penempatan tentera di selatan ibu kota Damsyik pada kelmarin malam, menyebabka­n kerosakan, lapor agensi berita Xinhua.

Israel melancarka­n serangan peluru berpandu dari Bukit Golan yang diceroboh rejim itu, lapor agensi berita negara SANA, memetik sumber ketenteraa­n.

Sasaran sebenar serangan tidak didedahkan.

Ia serangan terkini di antara beberapa siri serangan yang menyasarka­n penempatan tentera di Syria, termasuk pasukan sokongan terdiri tentera Iran.

Pada 18 November, rejim Israel melepaskan peluru berpandu ke sasaran di selatan Damsyik, menyebabka­n kerosakan dan kematian dalam kalangan tentera Iran dan Syria.

Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, rejim Israel telah melakukan ratusan serangan udara terhadap kedudukan tentera Iran di Syria, serta konvoi yang mengangkut senjata untuk Hizbullah, sebuah militia Lubnan yang didakwa disokong Iran.

Rejim Israel melihat Iran sebagai musuh utamanya dan tidak akan membenarka­nTehran mendirikan kubu tetap di Syria.

Israel dan Syria mempunyai sempadan di sepanjang Bukit Golan, yang dirampas dari Syria oleh rejim zionis itu semasa perang Timur Tengah 1967 dan diceroboh pada 1981. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia