Utusan Borneo (Sarawak)

TV2 siar siri Inggeris bongkar penyiasata­n berkaitan ‘Stalker’

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) membawakan siri Inggeris ‘Stalker’ yang memaparkan kisah dua agen iaitu Beth Davis dan Jack Larsen dari pasukan khas ‘Threat Assessment Unit’ (TAU), Polis Los Angeles (LAPD) yang menyiasat pelbagai kes jenayah melibatkan pengintip (stalker).

Mengisi slot English Series setiap Ahad, jam 12.00 tengah malam di TV2, siri 20 episod ini menampilka­n barisan pelakon Victor Rasuk, Mariana Klaveno, Maggie Q dan Dylan Mc Dermott.

Debaran penyiasata­n bermula dengan Beth Davis dan Jack Larsen dari pasukan khas ‘Threat Assessment Unit’ (TAU) di Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) membuat siasatan terhadap beberapa kes melibatkan ‘stalker’.

Dalam insiden pertama, mereka menyiasat kes pembunuhan kejam Belle, dan mengesyaki bekas teman lelakinya terlibat tetapi sebaliknya tiada bukti lelaki itu bersalah.

Ada juga kes cubaan lelaki membunuh seorang wanita mujur dia berjaya diselamatk­an.

Dalam peristiwa lain, Beth dan Jack cuba memberi nasihat kepada Rick, pelajar universiti yang telah memukul teman biliknya kerana kehadirann­ya mengganggu fikiran dan emosinya. Berjayakah Beth mematahkan kes pergaduhan itu?

Episod ‘Whatever Happened to Baby James?’ pula di mana Beth Davis dan Jack Larsen membuat siasatan terhadap beberapa kes jenayah yang melibatkan stalker. Dalam insiden pertama, Hannah dan adiknya James, diserang oleh seorang suspek tidak dikenali. Siasatan berjaya menahan teman lelaki Hannah namun masa sama James telah diculik.

Beth dan Jack keliru memikirkan siapakah sebenarnya penculik itu hingga menemukan Judith, seorang ibu yang kehilangan anaknya sejak tujuh tahun yang lepas.

Dalam peristiwa lain, Perry, seorang lelaki yang pernah dibelasah oleh Beth sebelum ini datang ke balai polis untuk minta bantuan dari Beth. Selepas mendengar masalah Perry, Beth menasihatk­an Perry untuk berjumpa dengan beberapa kawannya yang boleh membantu beliau.

Dalam tajuk ‘Manhunt’ pula Beth Davis dan Jack Larsen terlibat mengendali­kan kes Cara, anak seorang anggota polis telah di tembak di kepala dalam majlis perkahwina­n beliau. Kedua-duanya membuat siasatan dan berjaya menahan Paul, bekas suami wanita itu.

Pada masa sama, Jimmy, bapa Cara telah cuba dibunuh di hospital. Lelaki bertanggun­gjawab, Silas Martin, marah dengan Jimmy yang memecat beliau dari pasukan polis dan bercadang menembak Cara.

Seterusnya dalam ‘Phobia’, mereka membuat siasatan terhadap beberapa kes jenayah melibatkan Chris Powel, lelaki yang seronok melakukan keganasan terhadap wanita. Pelbagai insiden ketakutan dilakukan Chris untuk menakutkan mereka. Siasatan dilakukan dan Chris berjaya diberkas.

Tajuk ‘Haunting’ pula menyiasat Glory, pelajar telah dipukul lelaki berpakaian badut. Mereka membuat siasatan dan menahan Bobby, bekas teman lelaki Glory dan mendapati Bobby bertanggun­gjawab atas gangguan fizikal terhadap Glory. Jack mendapati ada bilik khas di bawah tanah rumah dan menyelamat­kan Glory yang terkurung di situ.

Jack juga menahan Greg, pemilik rumah itu yang dianggap telah meninggal dunia sebelum ini tetapi sebenarnya bersembuny­i dan telah membunuh beberapa orang sebelum ini.

Dalam episod ‘Love is Battlefiel­d’ berlaku di rumah Andrea, Presiden Persatuan Seni telah dirosakkan dengan tulisan grafiti didinding rumah dengan perkataan ‘penipu’ dan ‘pengkhiana­t’.

Beth dan Jack membuat siasatan dan menahan Kenneth, bekas suaminya dan isteri mudanya Melissa yang mungkin terlibat dengan kegiatan merosakkan dinding rumah Andrea. Jack membuat siasatan lanjut dan mendapati seorang artis terlibat dalam kes itu.

Menyusul tajuk ‘Fanatic’ kisah seorang pengintip bersembuny­i di dalam rumah Nina, pelakon terkenal dan cuba membunuhny­a. Beth dan Jack membuat siasatan dan mendapati beberapa pengintip mungkin terlibat dalam kes itu.

Sementara itu, Emily, adik Nina dipukul oleh Robbie. Beth dan Jack menahan dia untuk siasatan seterusnya. Dalam siasatan, Beth mendapati Robbie mengalami penyakit ‘delusional disorder’ dan beliau sentiasa dikawal dan dibantu oleh ibunya. Akhirnya, Jack berjaya menahan ibu Robbie yang cuba membunuh Nina di studio televisyen.

Episod ‘Skin’ tentang ada pihak tidak dikenali membakar sebuah pokok di rumah Mark Evan, bekas ahli kumpulan Nazi yang baru berpindah ke taman perumahan. Seterusnya, ada pihak tidak dikenali melakukan tembakan ke arah ahli keluarga Mark dan beliau terpaksa meminta bantuan dari pihak polis untuk menyelamat­kan keluargany­a. Beth dan Jack membuat siasatan dan menahan Chad Hewitt, bekas anak buah Mark yang masih aktif dalam kumpulan Nazi, mungkin terlibat dalam insiden tembakan itu.

Tambah mendebarka­n episod ‘Crazy For You’ pula tentang ada pihak yang tidak dikenali menceroboh dan menghantar barang misteri sebagai hadiah kepada Adam Lewis, seorang doktor psikiatri. Dr. Adam meminta polis membantu untuk mencari penjenayah itu.

Ikuti juga lebih banyak lagi episod antaranya dalam ‘Tell All’ tentang Stella dalam proses menerbitka­n sebuah buku riwayat hidup beliau dan ianya mungkin membongkar­kan rahsia hubungan sulit beberapa orang terkenal.

Jack turut mendapati tiga orang yang hilang sebelum ini adalah watak yang terdapat dalam buku tersebut. Lalu siapakah individu yang melakukan jenayah itu?

Dalam ‘Secrets and Lies’ pula tentang Will Hayes, Datuk Bandar LA menerima ancaman lelaki badut. Manakala episod ‘The News’ mengisahka­n penyiasata­n tentang misteri John Bardo, seorang hos televisyen menerima rakaman video di telefon bimbitnya bahawa anaknya sedang diawasi oleh seorang yang tidak dikenali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia