Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buka semula kertas siasatan kes kematian Teoh Beng Hock

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka semula kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009, di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).

Kementeria­n Dalam Negeri menerusi jawapan bertulis di laman sesawang parlimen, memaklumka­n kertas siasatan sebelum ini telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 24 Februari lepas dan PDRM diminta untuk meneruskan siasatan.

“PDRM diminta mengemukak­an kembali kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara setelah siasatan lengkap dijalankan.

“Polis telah menjalanka­n rakaman percakapan ke atas 13 saksi dan siasatan masih berjalan,” demikian menurut kementeria­n itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai status terkini kes kematian Teoh, selain meminta jumlah saksi yang telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan RasuahMala­ysia(SPRM)di tingkat 14 bangunan sama.

Mendiang adalah setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembanguna­n Kampung Baru Selangor.

Pada 18 November tahun lepas, PDRM menubuhkan pasukan siasatan khas melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan Bukit Aman bagi menyiasat kes kematian Teoh susulan arahan Peguam Negara pada 16 Julai 2019 supaya kes yang sebelum ini diklasifik­asi sebagai mati mengejut itu disiasat semula di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia