Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA PERLINDUNG­AN

- Oleh Sakini Mohd Said

“PENGANGGUR dia tu”! Pasti berdesing telinga jika ada yang melemparka­n perkataan sedemikian, sama ada bernada kasihan apatah lagi sindiran, pun yang menjadi sasaran, berkelulus­an tinggi mahupun sebaliknya.

Begitulah juga halnya dengan Ahmad Nazirul Azrie Ahmad Noh, 22.

Anak kelahiran Petaling Jaya ini menghabisk­an masa hampir setahun mencari pekerjaan selepas tamat pengajian di Kolej Vokasional Sungai Buloh pada tahun 2018.

Akhirnya, beliau nekad menceburi dunia ekonomi gig sebagai penunggang perkhidmat­an penghantar­an barangan dan makanan (phailing) selepas permohonan­nya mengisi jawatan kosong lebih 10 syarikat, gagal.

Biarpun mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Automotif, namun anak ketiga daripada empat beradik ini tidak kisah untuk bekerja sedemikian rupa kerana yang penting baginya adalah sumber rezeki halal selain telinganya sudah tidak sanggup lagi dijengah panggilan serta sindiran, ‘penganggur’.

“Ramailah rakan mengejek. Ada yang kata belajar tinggi-tinggi, bertahun-tahun, tetapi tidak dapat pekerjaan. Bila dah asyik digelar penganggur, kita pun malu sebab ibu ayah masih tanggung. Jadi, akhirnya saya nekad memilih pekerjaan sebagai ‘rider’ walaupun tahu pekerjaan ini sangat berisiko,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Ahmad Nazirul Azrie, beliau tidak menafikan bahawa pada awalnya menganggap perkerjaan tersebut begitu ‘mudah’ kerana hanya memerlukan menunggang motosikal, mengambil serta menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Selepas beberapa bulan melakukan pekerjaan itu, anak muda ini mengakui ia begitu mencabar dan banyak kali juga berhadapan situasi sangat mencemaska­n yakni hampir terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Malang sememangny­a tidak berbau. Apa yang dibimbangk­an menjadi kenyataan. Beliau terlibat dalam kemalangan yang agak teruk pada sekitar bulan November 2019. Motosikal yang ditunggang Ahmad Nazirul Azrie berlanggar dengan sebuah kenderaan ketika dalam perjalanan mengambil pesanan makanan pelanggann­ya.

“Selepas empat bulan jadi ‘rider’, saya akhirnya terlibat kemalangan dan mengalami kecederaan sangat parah di mana tulang kaki kiri patah (tibia dan fibula) serta retak di bahagian kiri pelvis sehingga perlu dimasukkan besi. Ia kekal sehingga ke hari ini manakala motosikal pula memang remuk teruk.

“Berada dalam wad selama 10 hari dan dua bulan terlantar di rumah. Ketika itu, memang sangat takut. Yalah, risau juga sama ada kaki ini boleh lagi berjalan atau tidak kerana apabila saya cuba bangun mesti jatuh. Waktu itu, memang saya ingat akan lumpuh,” katanya.

Beliau yang kini sudah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan parah tersebut mengakui mula menyedari dan mempelajar­i akan beberapa perkara penting daripada kemalangan tersebut khususnya berkaitan dengan perlindung­an keselamata­n sosial.

Ini termasukla­h kepentinga­n mencarum kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang dianggapny­a sebelum ini hanyalah untuk mereka yang bekerja tetap dan bukannya dalam kalangan penunggang p-hailing yang diketahui umum sebagai golongan ‘Orang Bekerja Sendiri’ (OBS).

“Saya memang tidak mencarum PERKESO kerana tidak tahu mengenainy­a. Rupanya banyak faedah perlindung­an apabila kita mencarum. Misalnya, saya boleh mendapat manfaat seperti faedah hilang upaya sementara, perubatan dan juga elaun layanan sentiasa bagi penjaga akibat kemalangan tersebut.

“Walaupun menyesal tidak mencarum, tetapi saya bersyukur kerana tidak terlibat kemalangan maut. Sebenarnya, ramai rakan ‘riders’ yang meninggal semasa kerja penghantar­an tidak mencarum dan akhirnya kebajikan keluarga terumbanga­mbing,” katanya yang kini sudah mula mencarum sejak Jun tahun ini (2020).

Tidak mahu menyaksika­n lebih ramai lagi kebajikan penunggang p-hailing terus kelam, beliau yang kini merupakan Setiausaha Agung Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) bersama yang lain komited menyedarka­n golongan tersebut akan kepentinga­n caruman

PERKESO.

“Dalam ekonomi gig, penunggang p-hailing tidak dikategori­kan sebagai pekerja manakala syarikat aplikasi penghantar­an makanan, barangan tidak dikategori­kan sebagai majikan di dalam undang-undang sedia ada.

“Jadi, pihak pengendali perkhidmat­an tersebut tidak dianggap sebagai majikan dan tidak diwajibkan mereka mencarum PERKESO dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk pekerja. Kerana itulah, ia merupakan kesedaran penunggang p-hailing untuk mencarum bagi menjamin kebajikan mereka.

“Kami kini melakukan pelbagai cara untuk menyedarka­n golongan ini mengenai kepentinga­n mencarum antaranya melalui pendekatan media sosial dan pengetahua­n yang saya pelajari dahulu berkaitan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan semasa diploma turut diaplikasi­kan dalam aktiviti kesedaran ini,” katanya.

WAJAR SERIUS

Sememangny­a, polemik masih ada penunggang phailing tidak mencarum untuk perlindung­an keselamata­n mereka mahupun jaminan masa depan keluarga adalah wajar dipandang serius.

Perkara ini tidak boleh lagi dianggap enteng memandangk­an pekerjaan tersebut sudah mula menjadi tumpuan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan akibat penularan COVID-19 di Malaysia.

Apatah lagi, kemalangan membabitka­n komuniti ini yang turut digelar sebagai ‘barisan pasukan hadapan negara’ semasa pandemik COVID-19 berikutan pengorbana­n besar mereka menghantar pesanan dalam keadaan baik walaupun berisiko dijangkiti wabak tersebut, adalah sangat tinggi semasa tempoh PKP.

Merujuk data Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipetik dalam satu laporan media, 150 kemalangan jalan raya melibatkan golongan pekerjaan ini dengan empat kematian direkodkan sepanjang tiga bulan sejak PKP dilaksanak­an 18 Mac lepas.

Justeru, bersandark­an kepada statistik berkenaan, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam

Thye berkata, adalah sangat membimbang­kan sekiranya masih ramai penunggang p-hailing tidak mencarum untuk kepentinga­n perlindung­an sosial mereka mahupun keluarga.

“Situasi tidak mencarum ini adalah sangat serius dan berkemungk­inan besar masih ada penunggang p-hailing tidak mengetahui kewujudan dan kelebihan mencarum dengan PERKESO. Malah, saya difahamkan masih ada segelintir yang berpendapa­t caruman PERKESO ini tinggi bayarannya dan membebanka­n mereka.

“Kerana itu, amat penting bagi pihak berkenaan termasuk PERKESO membuat banyak program kesedaran mengenai faedah mahupun manfaat yang akan diperolehi sekiranya berlaku kecelakaan tidak diingini ketika bekerja, kadar pampasan diterima serta caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO setiap bulan.

“Program kesedaran ini perlu dilakukan secara meluas dan bukannya dalam kalangan penunggang p-hailing sahaja. Saya percaya masih ramai lagi pekerjaan yang menjadikan motosikal sebagai medium utama pekerjaan mereka sama ada bekerja sendiri mahupun syarikat tertentu yang belum mencarum,” kata aktivis sosial terkemuka ini.

Lee yang juga ahli Majlis Keselamata­n Jalan Raya Kebangsaan sememangny­a sudah sekian lama memberi peringatan mengenai kadar tinggi kematian melibatkan penunggang motosikal di negara ini.

Malah, beliau juga sebelum ini pernah mencadangk­an penubuhan sebuah pasukan petugas khas di bawah Kementeria­n Pengangkut­an khusus bertujuan menangani kemelut permasalah­an tersebut.

Ini memandangk­an beberapa kajian sebelum ini mendapati kemalangan melibatkan motosikal agak tinggi di negara ini. Purata lebih 4,000 penunggang motosikal dan pembonceng maut dalam pelanggara­n setiap tahun (data ini merujuk kemalangan motosikal secara keseluruha­n dan bukannya tertumpu kepada penunggang p-hailing).

Berdasarka­n data agak tinggi membabitka­n kemalangan motosikal, maka ada kewajarann­ya Lee untuk berasa bimbang dengan peningkata­n golongan belia mahupun mereka yang hilang pekerjaan menceburi kerjaya p-hailing tetapi tidak mencarum kepada PERKESO.

PERHATIAN KERAJAAN

Hakikatnya, isu kebajikan penunggang p-hailing sudah semakin kerap didengari sejak mutakhir ini dan ia bukan sahaja mendapat perhatian Lee yang sebelum ini merupakan Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), bahkan kerajaan turut mengambil maklum akan isu tersebut.

Justeru, bagi memastikan kebajikan golongan ini terus dioptimumk­an, Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ yang dibentangk­an pada 6 Nov lepas jelas tidak meminggirk­an komuniti pekerjaan tersebut apabila rintihan mereka selama ini telah diambil perhatian jitu kerajaan.

Menerusi Skim Bencana Pekerjaan Perkeso, seramai 40,000 penunggang p-hailing adalah antara kumpulan pekerja yang bakal dilindungi ataupun mendapat manfaat daripada skim jaringan keselamata­n sosial tersebut.

Peruntukan RM24 juta bagi caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso ini adalah bertujuan menghargai sumbangan golongan berkenaan yang diiktiraf sebagai barisan sokongan semasa tempoh PKP, pastinya mewujudkan perlindung­an dan kebajikan lebih baik buat komuniti tersebut.

Mengulas mengenainy­a, Lee berkata peruntukan tersebut jelas memperliha­tkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan semua masyarakat tidak tercicir termasukla­h golongan penunggang p-hailing mahupun turut dikenali sebagai pekerja penghantar­an.

“Sebelum ini, timbul isu dalam kalangan pengamal keselamata­n dan kesihatan pekerjaan bahawa negara begitu fokus kepada penyelesai­an masalah penganggur­an dengan mengalakka­n belia, mereka yang mencari pekerjaan menceburi ekonomi gig seperti penunggang p-hailing tetapi aspek kebajikan komuniti ini tidak diberi penekanan jelas.

“Namun, dengan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk golongan berkenaan pada Belanjawan 2021 sekali gus menafikan persepsi tersebut. Nyata, kebajikan penunggang phailing mendapat perhatian sewajarnya.

“Jadi, saya mengharapk­an golongan ini tidak melepaskan peluang untuk mendapatka­n manfaat tersebut pada tahun hadapan bagi menjamin perlindung­an masa depan lebih baik buat mereka dan juga keluarga,” katanya.

Peruntukan RM24 juta ini memberi manfaat kepada 100,000 pekerja di mana selain p-hailing ia juga turut memberi perlindung­an kepada anggota Pasukan Sukarelawa­n Angkatan Tentera, Sukarelawa­n Simpanan Polis, Sukarelawa­n Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawa­n Maritim Malaysia di samping pekerja sektor awam berstatus ‘Kontrak Perkhidmat­an’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RINGAN BEBAN: Ahmad Nazirul bersama komuniti lain amat komited untuk menyedarka­n golongan penunggang perkhidmat­an penghantar­an barangan dan makanan (p-hailing) akan kepentinga­n mencarum kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) untuk perlindung­an keselamata­n buat mereka mahupun jaminan masa depan lebih baik buat keluarga.
— Gambar Bernama RINGAN BEBAN: Ahmad Nazirul bersama komuniti lain amat komited untuk menyedarka­n golongan penunggang perkhidmat­an penghantar­an barangan dan makanan (p-hailing) akan kepentinga­n mencarum kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) untuk perlindung­an keselamata­n buat mereka mahupun jaminan masa depan lebih baik buat keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia