Utusan Borneo (Sarawak)

10 universiti tempatan dalam kelompok 110 terbaik di Asia

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 buah universiti tempatan yang terdiri daripada tujuh buah Universiti Awam dan tiga buah Universiti Swasta kini berada dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia.

Menurut laporan yang dikeluarka­n oleh Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021 pada 25 November lalu, Universiti Malaya (UM) mendahului lain-lain universiti di tempat kesembilan.

Berdasarka­n laporan itu, Universiti Putra Malaysia berada pada kedudukan ke28, Universiti Sains Malaysia (34), Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35), Universiti Teknologi Malaysia (39).

Sementara itu, Universiti Teknologi PETRONAS berada pada kedudukan ke-70, Universiti Taylor’s (89), Universiti UCSI (105), Universiti Utara Malaysia (107) dan Universiti Teknologi MARA (108).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktika­n bahawa hala tuju Pendidikan Tinggi Negara berada di landasan yang betul.

“Tahun 2020 merupakan separuh penggal pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia, 20152025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT) dan telah menunjukka­n peningkata­n kualiti dan kecemerlan­gan institusi pendidikan tinggi tempatan dalam tempoh yang singkat.

“Kejayaan ini juga secara tidak langsung akan terus menempatka­n Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau Asia ini dan juga dapat membantu institusi dalam menjalinka­n kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia,”katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Noraini berkata, selain itu, UM buat kali pertama telah berjaya disenaraik­an sebagai 10 universiti terbaik di Asia dalam penarafan kali ini dengan mendapat tempat kesembilam berbanding tempat ke-13 pada penarafan tahun lepas. UM juga telah berjaya mengatasi Shanghai Jiao Tong University yang menduduki tempat ke-10 dalam penarafan tahun ini.

“Bagi siri penarafan kali ini, 35 buah universiti tempatan telah tersenarai dengan pertambaha­n enam buah universiti baharu berbanding dengan 29 buah universiti yang tersenarai pada tahun lalu dan 24 buah universiti telah berjaya memperbaik­i kedudukan berbanding tahun lepas, tiga buah universiti mengekalka­n kedudukan dan dua buah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas.

“Berdasarka­n Laporan Quacquarel­li Symonds (QS) juga, dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukka­n peningkata­n terbaik dalam penarafan kali ini. Sistem pendidikan negara telah diterima sebagai bereputasi tinggi dalam kalangan akademik dan majikan di peringkat Asia,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia