Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga atlet angkat berat Romania di Olimpik London dibatalkan

-

LAUSANNE: Tiga atlet angkat berat dari Romania, termasuk dua pemenang pingat, pada Rabu dibatalkan dari Sukan Olimpik London 2012 selepas analisis baharu contoh air kencing mereka dicemari bahan larangan, menurut pengumuman Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC).

Mereka adalah Razvan Martin, pemenang pingat gangsa dalam kategori lelaki 69 kg, Roxana Cocos, pemenang pingat perak dalam kategori wanita 69 kg dan Gabriel Sincraian, yang gagal menamatkan acara kategori lelaki 85 kg, kata IOC.

Analisis semula contoh Martin mencapai keputusan positif untuk bahan larangan dehydrochl­ormethylte­stosterone, metenolone dan stanozolol.

Cocos dan Sincraian masing-masing positif untuk metenolone and stanozolol.

IOC menyimpan contoh air kencing dari Sukan Olimpik sejak di Athens 2004, dan sudah melakukan analisis semula secara sistematik.

Sembilan atlet angkat berat lain dari Sukan Olimpik London, termasuk enam pemenang pingat, sudah dibatalkan.

Sebagai tambahan, IOC mengumumka­n tiga pingat angkat berat lelaki dari Sukan Olimpik lapan tahun yang lalu, telah ditukar berikutan isu doping.

Dalam kategori 105kg, atlet Iran, Navab Nasirshela­l, diberikan pingat emas yang ditarik balik dari atlet Ukraine, Oleksiy Torokhtiy dan Ivan Efremov diberikan pingat gangsa dari pemenang asal, Ruslan Nurudinov dari Uzbekistan.

Dalam kategori 56kg, atlet Vietnam, Quoc Toan Tran menerima pingat gangsa selepas kemenangan atlet Azerbaijan, Valentin Hristov dibatalkan.

Acara angkat berat diselubung­i masalah sejak satu dokumentar­i pada bulan Januari oleh rangkaian TV Jerman, ARD, mendedahka­n apa yang ia gambarkan sebagai “budaya rasuah” dalam sukan itu yang bertujuan untuk menyembuny­ikan penggunaan doping.

Tamas Ajan, 81, pengerusi badan induk sukan angkat berat dunia (IWF), sejak 20 tahun selepas berkhidmat sebagai setiausaha agung, menolak tuduhan itu sebagai “penipuan” sebelum didesak meletak jawatan pada bulan April.

Menurut dokumentar­i itu, sehingga 2017, atlet berprofail tinggi angkat berat dikecualik­an dari banyak kawalan dan pemeriksaa­n dadah, dan keputusan ujian mereka diubah sebagai pertukaran untuk rasuah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia