Utusan Borneo (Sarawak)

Atalanta sentak Liverpool 2-0 di Anfield

-

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui pasukannya tidak mampu memberikan sebarang alasan selepas mensiasiak­an peluang awal untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas Atalanta mencipta kejutan dengan kemenangan 2-0 di Anfield pada Rabu.

Liverpool boleh menjamin kemaraan ke pusingan kedua Kumpulan D jika menang tetapi mereka mempamerka­n aksi hambar yang selayaknya dihukum oleh Atalanta.

Dua gol dalam tempoh empat minit oleh Josip Ilicic dan Robin Gosens pada separuh masa kedua memberikan Atalanta kemenangan bersejarah yang menamatkan rekod bersih Liverpool pada kejohanan musim ini.

Liverpool membelasah Atalanta 5-0 di Itali pada perlawanan awal bulan ini untuk meraih kemenangan ketiga dari tiga perlawanan pertama di pusingan pertama kejohanan.

Tetapi buat kali pertama sejak Virgil Van Dijk tidak beraksi kerana kecederaan lutut pada bulan Oktober, Liverpool kelihatan rapuh di benteng pertahanan untuk kekalahan yang jarang berlaku di Anfield.

Tewas buat kali pertama dalam sembilan perlawanan dari semua pertanding­an sejak Van Dijk direhatkan, Liverpool masih mendahului kumpulan dan peluang mengesahka­n tempat ke pusingan kedua masih di tangan mereka.

“Kekalahan selayaknya pada satu perlawanan sukar. Pengadil jarang meniup wisel dan ia menjadikan keadaan lebih sukar untuk keduadua pasukan. Ia perlawanan yang sangat tegang dan anda sememangny­a memerlukan campur tangan pengadil,” kata Klopp.

“Apabila separuh masa pertama berakhir, anda biasanya dapat menyesuaik­an diri dengan permainan tetapi beberapa pemain agak lama tidak bermain, jadi ia mendebarka­n bagi mereka. Kami gagal mencari satu ruang dalam permainan ini.”

Kelayakan awal ke pusingan kedua akan membolehka­n Klopp merehatkan pemain pada dua perlawanan terakhir pusingan pertama ini dengan jadual yang padat menanti pada bulan Disember.

Sebaliknya, Liverpool akan menanti kunjungan Ajax minggu hadapan dengan masih perlu bekerja-keras sebelum perlawanan terakhir menentang Midtylland.

“Ia bukan perlawanan yang bagus. Kami mempunyai peluang tetapi bukan peluang terbaik. Ia mungkin boleh berlaku kepada pasukan lain,” kata Klopp sebelum sekali lagi merungut kerana pasukannya perlu bermain perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton pada awal sepak mula hari Sabtu.

Kemenangan Atalanta membolehka­n mereka berkongsi mata dengan Ajax dan kurang dua mata di belakang Liverpool.

Senarai pemain yang cedera di Liverpool masih sama dengan Van Dijk, Joe Gomez, Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Naby Keita dan

Trent Alexander-Arnold tidak dapat beraksi.

Atalanta mengambil sepenuh peluang dengan kekurangan keserasian di kalangan pemain baharu di benteng pertahanan Liverpool dengan menguji penjaga gol Alisson Becker pada awal permainan.

Liverpool juga hambar ketika melancarka­n serangan walaupun dengan kehadiran Mohamed Salah – yang kembali beraksi selepas diuji positif koronaviru­s (COVID-19) dan terlepas satu perlawanan sebelum ini.

Selepas rehat, Liverpool kelihatan gagal menemui rentak sebenar dan Klopp akhirnya melakukan pertukaran sebaik sahaja Ilicic membuka jaringan pada minit ke-60.

Salah antara mereka yang dikeluarka­n dengan Diogo Jota, Roberto Firmino, Fabinho dan Andrew Robertson dimasukkan tetapi ia tetap gagal memberi sebarang impak, malah keadaan semakin buruk apabila Gosens menjaringk­an gol kedua pada minit ke-64. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ASAKAN: Penyerang Liverpool, Divock Origi (kiri) diasak pemain Atalanta dalam aksi perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsun­g di Anfield.
— Gambar AFP ASAKAN: Penyerang Liverpool, Divock Origi (kiri) diasak pemain Atalanta dalam aksi perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsun­g di Anfield.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia