Rang Undang-undang Perbekalan 2021 bagi JPM lulus peringkat jawatankuasa
KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa sempadan Thailand dalam hal membabitkan kepentingan bersama melibatkan pelbagai bidang terutama isu keselamatan sempadan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Rozaini Rais berkata perbincangan tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka sepenuhnya nanti.
“Dengan perkembangan semasa di kawasan sempadan sekarang, amat wajar sekali perbincangan itu diadakan segera supaya dapat mencapai kata sepakat untuk kepentingan bersama,” katanya kepada Bernama.
Ketika ini isu keselamatan sempadan Malaysia-Thailand hangat diperkatakan. Selasa lepas, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Baharuddin
Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.
Rozaini berkata perbincangan yang bakal diadakan nanti turut merangkumi aspek ekonomi dan perdagangan dua hala, pelancongan, kebudayaan dan sukan. Dalam perkembangan lain, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu akan mengadakan majlis penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu selama tiga hari bermula 5 Disember ini.
Rektor UiTM Cawangan Terengganu Prof Madya Ts Dr Mazidah Puteh berkata seramai 289 graduan akan menghadiri penganugerahan itu yang diadakan di kampus Dungun.
“Graduan telah memilih sendiri kampus yang terdekat dengan alamat tempat tinggal mereka. — Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi undi belah bahagian.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju, manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir.
Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta proses belah bahagian dilakukan.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi JPM, menyentuh isu yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai jumlah pelantikan anggota pentadbiran yang besar.
Mohd Redzuan berkata pelantikan itu berdasarkan keperluan kerajaan terutama dalam memastikan segala program dan projek kerajaan dilaksanakan dengan cekap, lancar serta memberi impak yang lebih bermakna.
“Dalam hal ini, jumlah anggota pentadbir Perikatan Nasional tak terlalu besar, walaupun ada penambahan berbanding ketika kerajaan Pakatan Harapan. Ini dibuat atas keperluan semasa bagi memastikan segala projek kerajaan berjalan lancar dan memberi impak yang lebih bermakna,” katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika menggulung perbahasan bagi pihak portfolio beliau, berkata lebih dari RM536 juta zakat dikutip oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) khusus untuk membantu mereka yang terjejas ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Bagi inisiatif sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula Mac lepas, menurutnya MAIWP membelanjakan hampir RM75 juta untuk membantu mereka yang terjejas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung isu berkaitan Parlimen dan Undang-undang pula berkata kerajaan sedang meneliti penubuhan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Menurutnya, berdasarkan libat urus dan tinjauan yang dijalankan terhadap pegawai yang sedang berkhidmat di Parlimen mereka lebih cenderung agar perkhidmatan Parlimen dibuat secara terbuka atau ‘open service’ kerana menganggap ia lebih baik dari segi kenaikan pangkat dan peluang kerjaya yang lebih luas.
“Akta Perkhidmatan Parlimen yang pada asalnya ditubuhkan pada 1963 tapi telah dibatalkan pada 20 Nov 1992. Untuk maklumat, draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen sebenarnya telah ada disediakan. Namun demikian kerajaan memperhalusi dan meneliti kembali penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen ini,” katanya.
Terdahulu, seramai 18 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undangundang Perbekalan 2021 di peringkat Jawatankuasa bagi JPM selama kira-kira satu jam 45 minit. — Bernama