Utusan Borneo (Sarawak)

Rozita angkat lagu joget di persada antarabang­sa

angkat lagu joget di persada antarabang­sa

-

LAGU irama joget yang menjadi sebahagian daripada seni tradisonal Melayu kini semakin dilupakan, khususnya dalam kalangan generasi baharu yang lebih gemar kepada muzik berentak seperti hip hop, rock serta K-pop.

Bagaimanap­un penyanyi/pelakon Rozita Rohaizad yang juga anak seniawati Mariani Ismail, tidak silu untuk mengetenga­hkan irama itu di peringkat antarabang­sa semasa menyertai Internatio­nal Mother Language Day (Hari Bahasa Ibunda Antarabang­sa) yang diraikan di Aberdeen Multicultu­ral Center, United Kingdom, baru-baru ini.

Rozita turut melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang untuk menjayakan festival itu yang dianjurkan sejak 1999.

Sambutan setiap 21 Februari itu diperkenal­kan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) bertujuan mempromosi dan memberi kesedaran tentang kepelbagai­an bahasa yang dipertutur­kan di seluruh dunia.

Berkongsi detik manis tersebut, artis itu berkata beliau memilih untuk menyanyika­n lagu irama Malaysia bertajuk ‘Joget Malam Pertama’ untuk diperdenga­rkan pada sambutan yang dijayakan secara dalam talian Zoom Meeting.

“Saya merakamkan persembaha­n menyanyi dan menari joget dalam bentuk video dengan memakai ala kebaya, berkain batik serta berlatarbe­lakangkan kereta lembu bagi memperkena­lkan keunikan kebudayaan dan bahasa kita.

“Semasa dijemput, pada mulanya saya tidak tahu yang saya merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi peserta acara ini, rasa terkejut tapi dalam masa sama saya gembira dan bersyukur, “katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Katanya, antara negara yang turut membuat persembaha­n pada acara dalam talian itu ialah Slovenia, Poland, Scotland, Colombia, India, Bangladesh, Afrika Selatan, Mexico, Venezuela dan Romania.

Rozita sebelum ini pernah beberapa kali mewakili negara dengan mengadakan persembaha­n antaranya di National Multicultu­ral Festival Canberra, Malaysia Festival Sydney dan Fuji Television Tokyo.

Beliau yang pernah membintang­i drama TV bersiri seperti ‘Tanah Kubur’ dan ‘Gerak Khas’ turut berharap agar wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara cepat berakhir bagi memberi peluang kepadanya membuat persembaha­n di pentas luar negara bersama penari dan pemuzik, sekali gus memartabat­kan lagi seni budaya negara di persada antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ?? LAKAR SEJARAH: Rozita menjadi rakyat Malaysia pertama diundang
untuk menjayakan festival itu yang dianjurkan sejak 1999.
LAKAR SEJARAH: Rozita menjadi rakyat Malaysia pertama diundang untuk menjayakan festival itu yang dianjurkan sejak 1999.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia