Utusan Borneo (Sarawak)

MOURINHO BANGGA PRESTASI DELE ALLI

Pengurus Hotspur memuji pemain tengah itu selepas memastikan pasukannya masih boleh menyelamat­kan musim bermasalah dengan beraksi cemerlang menewaskan Wolfsberge­r 4-0

-

“Gol yang tidak perlu saya suarakan kerana semua orang melihatnya dan saya percaya bahawa seluruh dunia menyaksika­n perlawanan ini, mereka akan menonton ulangannya dan tidak perlu saya bercakap mengenainy­a." Jose Mourinho Pengurus Tottenham Hotspur

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho, memuji Dele Alli selepas pemain tengah itu memastikan pasukannya masih boleh menyelamat­kan musim bermasalah mereka dengan aksi cemerlang ketika membantu Spurs menewaskan Wolfsberge­r dari Austria 4-0 pada perlawanan kedua pusingan 32 akhir Liga Europa Rabu lepas.

Alli membuka jaringan pada awal separuh masa pertama dan mengumpan bola kepada Carlos Vinicius untuk gol kedua selepas rehat.

Gareth Bale menjaringk­an gol ketiga dari satu lagi umpanan Alli sebelum Vinicius menjaringk­an gol kedua peribadi untuk melengkapk­an jaringan dan memastikan

Spurs menang secara agregat 8-1 selepas menang 4-1 pada perlawanan pertama minggu lepas.

Ketika kemaraan ke pusingan 16 akhir hanya melengkapi syarat selepas kemenangan selesa pada perlawanan pertama, tiada yang datang mudah untuk Spurs musim ini.

Dan ia melegakan Mourinho kerana pasukannya mengekalka­n peluang terbaik untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan, dengan juara kejohanan ini akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara.

Hampir meninggalk­an kelab pada pasaran perpindaha­n bulan Januari, Alli memainkan peranan penting pada penampilan jarang beliau dalam kesebelasa­n utama selepas dibekukan oleh Mourinho hampir sepanjang musim ini.

“Gol yang tidak perlu saya suarakan kerana semua orang melihatnya dan saya percaya bahawa seluruh dunia menyaksika­n perlawanan ini, mereka akan menonton ulangannya dan tidak perlu saya bercakap mengenainy­a,” kata Mourinho.

“Tetapi bagi saya, prestasi keseluruha­n adalah penting. Beliau bermain dengan sangat baik dalam semua aspek permainan.

“Sudah tentu beliau tidak cergas, anda boleh merasakan permainann­ya pada perlawanan pertama, yang biasa berlaku kerana kecederaan dan kurang latihan untuk tempoh yang lama.

“Tetapi ketika ini, apabila kami bermain setiap tiga hari, 10 perlawanan pada bulan Mac, untuk memiliki Dele kembali ke tahap ini adalah hebat sekali.”

Satu tempoh enam kekalahan dari lapan perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an menyaksika­n Tottenham tercicir ke tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris selain tersingkir dari Piala FA.

Mereka kini sembilan mata di belakang West Ham United, yang menduduki tangga keempat liga dan slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara.

Berikutan dengan laporan bahawa pemainnya bosan dengan sesi latihan dan taktik permainan lama, Mourinho pada minggu ini menegaskan corak latihan dan taktik beliau “adalah yang terbaik” dan mendakwa moral di kalangan pemain adalah masih tinggi.

Tetapi bekas jurulatih Real Madrid dan Chelsea itu dijangka berdepan pemecatan melainkan Tottenham boleh menyelamat­kan musim buruk mereka dengan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Dan peluang paling realistik mencapai sasaran itu ialah dengan memenangi Liga Europa dan mereka masih berada di landasan itu.

Spurs sentiasa berada di empat tangga teratas liga dan pernah melangkah ke final Liga Juara-Juara ketika di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

Tetapi Pochettino, yang sekarang menjadi jurulatih Paris Saint Germain (PSG), dipecat oleh pengerusi kelab, Daniel Levy selepas beberapa keputusan buruk musim lepas dan Mourinho mungkin akan mengalami nasib yang sama jika nasib pasukan tidak berubah dengan mendadak.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CURI TUMPUAN: Alli (tengah) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Europa di antara Tottenham Hotspur dan Wolfsberg di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
— Gambar AFP CURI TUMPUAN: Alli (tengah) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Europa di antara Tottenham Hotspur dan Wolfsberg di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
 ??  ?? VINICIUS
VINICIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia