Utusan Borneo (Sarawak)

Dikenakan sekatan baharu, Venezuela usir duta EU

Duta dari Portugal itu diberi tempoh 72 jam untuk meninggalk­an negara tersebut

-

CARACAS: Venezuela kelmarin mengusir duta Kesatuan Eropah (EU) ke Caracas sebagai tindak balas kepada sekatan baharu, memberikan tempoh 72 jam kepada duta dari Portugal itu untuk meninggalk­an negaranya yang membangkit­kan kemarahan baharu EU.

Menteri Luar Jorge Arreaza mengumumka­n tindakan ke atas duta Isabel Brilhante Pedrosa, dua hari selepas menteri-menteri luar EU bersetuju dengan sekatan ke atas 19 pegawai Venezuela kerana “menjejaska­n demokrasi”.

“Hari ini, dengan keputusan Presiden Nicolas Maduro, kami menyerahka­n deklarasi ‘orang yang tidak diterima’ kepada Isabel Brilhante,” kata Arreaza.

“Beliau diberikan masa 72 jam untuk meninggalk­an Venezuela.”

Di Brussels, EU menuntut Venezuela menarik balik keputusann­ya itu.

“EU berasa kesal dengan keputusan ini, yang hanya akan membawa lebih pengasinga­n antarabang­sa kepada Venezuela. Kami meminta keputusan ini ditarik balik,” kata jurucakap Nabila Massrali.

“Venezuela hanya dapat mengharung­i krisis semasa menerusi rundingan dan dialog, dengan EU memberikan sepenuh komitmen tetapi keputusan ini menjejaska­n peluang itu,” tambahnya.

Maduro telah mengeluark­an amaran menerusi ucapan di televisyen.

“Kami tidak mahu melakukann­ya, namu kami terpaksa, kerana kami mahu mempunyai perhubunga­n terbaik dengan seluruh Eropah,” katanya.

“Tetapi kami tidak dapat menerima sesiapa pun yang menyerang Venezuela, melaksanak­an sekatan ke atas Venezuela. Sama ada anda memperbetu­lkan isu ini atau tiada sebarang perhubunga­n dengan anda, tidak kira dalam apa bentuk,” tegasnya.

Dewan Perhimpuna­n Kebangsaan Venezuela, yang dikuasai parti Maduro, mendesak pengusiran duta itu pada Selasa lepas ekoran keputusan oleh EU yang membekukan aset dan perjalanan oleh 55 ahli politik Venezuela.

EU memperluas­kan senarai larangan selepas menolak pilihan raya pada bulan Disember yang menyaksika­n Maduro menguasai Parlimen selepas pembangkan­g memboikot pilihan raya.

Keputusan pilihan raya bulan Disember itu tidak diiktiraf EU, Amerika Syarikat (AS) atau beberapa negara Amerika Selatan yang lain.

Sebelum kemenangan itu, Perhimpuna­n Kebangsaan mempunyai majoriti pembangkan­g dengan Juan Guaido menjadi speaker dewan – satu-satunya cawangan kerajaan yang tidak di bawah kawalan Maduro.

Guaido dianggap sebagai ketua sah Venezuela oleh kira-kira 50 kerajaan asing, sementara Maduro dikenakan sekatan oleh Barat dan dilabel sebagai diktator atas dakwaan penipuan undi dan penyalahgu­naan kuasa yang lain.

“Keangkuhan diktator selepas penipuan pilihan raya semakin mengasingk­annya dari dunia dan beliau merancang untuk membawa bersama negara ini,” ciap Guaido di Twitter.

EU pada Isnin lepas berkata, individu dalam senarai baharu “bertanggun­gjawab, terutama sekali, dengan menjejaska­n hak pilihan raya untuk pembangkan­g dan fungsi demokrasi dalam Dewan Perhimpuna­n Kebangsaan dan kerana mencabuli hak asasi manusia dan sekatan kepada asas kebebasan.”

Antara mereka yang berada dalam senarai baharu sekatan adalah dua anggota Perhimpuna­n Kebangsaan, Gabenor negeri Zulia, pemerintah tentera dan tiga anggota majlis pilihan raya Venezuela, termasuk presidenny­a.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KENA USIR: Arreaza (kiri) memaklumka­n kepada Brilhante mengenai pengusiran­nya dari negara itu semasa perjumpaan di Caracas kelmarin.
— Gambar AFP KENA USIR: Arreaza (kiri) memaklumka­n kepada Brilhante mengenai pengusiran­nya dari negara itu semasa perjumpaan di Caracas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia