Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti peniaga digesa patuhi SOP

-

KUCHING: Masyarakat terutama pengusaha premis perniagaan di bawah pentadbira­n Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) diminta untuk lebih berjaga-jaga dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata kadar kebolehjan­gkitan COVID-19 dalam komuniti di dua lokaliti dalam MPP iaitu di Kampung Sungai Maong dan Kampung Emperoh Jambu, Padawan adalah tinggi.

“Terdapat 101 kes dikesan di Kampung Emperoh Jambu, Padawan dan 45 kes di Kampung Sungai Moang setakat ini yang membawa kepada pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Arahan PKPD di dua lokaliti ini adalah cara terbaik untuk mengekang penularan COVID-19 ini seperti yang pernah dilaksanak­an di Kampung Haji Baki yang terbukti berjaya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh MPP menerusi Zoom semalam.

Tambah Lo setakat 24 Februari, terdapat 76 kematian disebabkan COVID-19 di Sarawak dan beliau mengingatk­an semua untuk terus berjaga-jaga.

“Perkara baik adalah penularan COVID-19 masih terkawal di Sarawak atas usaha berterusan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Bagi premis perniagaan, saya minta pengusahan­ya untuk terus mematuhi SOP seperti yang ditetapkan,” ujarnya.

Antaranya SOP yang perlu dipatuhi penjarakan fizikal, penggunaan aplikasi digital untuk mendaftar masuk pelanggan menerusi MySejahter­a, QMunity dan COVIDTrace, selain buku rekod manual.

Arahan lain termasukla­h penggunaan wajib pelitup separuh muka, rendam sudu dan garpu di premis perniagaan makanan dalam air panas dan sanitasi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia