Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS SERBU ENAM KAMPUNG

109 orang diberkas, majoritiny­a disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Operasi bersepadu Polis Kontinjen Sarawak semalam berjaya memberkas 109 orang dengan majoritiny­a disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, operasi tersebut dilakukan di enam kampung iaitu Kampung Sinjan, Tupong, Gita, Bintawa Hilir, Ajibah Abol dan Tanjung Tengah.

Menurutnya, operasi oleh 24 pegawai dan 113 anggota itu dilakukan dari jam 10 pagi.

“Operasi dijalankan bertujuan membantera­s penyalahgu­naan dadah, mengurangk­an kadar jenayah serta mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Hasil daripada operasi berjaya memberkas 109 orang, termasuk tiga warga asing dan juga terdapat lima wanita dan kebanyakan­nya ditangkap kerana terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah,” katanya pada sidang media berhubung operasi tersebut, semalam.

Fatimah berkata, kesemua yang ditangkap berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, didapati 56 termasuk suspek wanita positif dadah, tujuh suspek ditangkap memiliki dadah, tujuh ditangkap kes curi motosikal dan selebihnya kes pecah rumah serta judi dalam talian,” katanya.

Beliau turut menyampaik­an penghargaa­n kepada pihak polis dan agensi terlibat atas usaha berterusan dalam memerangi kegiatan penyalahgu­naan dadah.

“Kalau diikutkan, di Sarawak merekodkan jumlah operasi paling kerap dan kita mahu semua pihak tahu kita serius dalam menangani isu dadah.

“Kita akan sentiasa bekerjasam­a untuk memutuskan bekalan (dadah) dan juga akan berusaha membantu memulihkan penagih dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Jasmirol Jamaludin memberitah­u pihaknya sedang berusaha untuk mengenal pasti tokan dadah di negeri ini.

“Buat masa ini, kita akan mengambil kenyataan daripada semua yang ditahan untuk mengenal pasti pengedar atau tokan yang membekalka­n dadah kepada mereka,” katanya.

Hadir sama dalam operasi tersebut ialah Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Sarawak ACP V. Raja R. Vadivelu.

 ??  ?? INTERAKSI: Fatimah sempat menemu bual suspek wanita yang ditangkap dalam operasi tersebut.
INTERAKSI: Fatimah sempat menemu bual suspek wanita yang ditangkap dalam operasi tersebut.
 ??  ?? DICEKUP: Antara suspek yang ditangkap dalam operasi tersebut.
DICEKUP: Antara suspek yang ditangkap dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia