Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: DUA LAGI KEMATIAN DI SIBU, 219 KES SEMALAM

-

KUCHING: Dua lagi kematian akibat COVID19 dilaporkan di Sibu dengan 219 kes baharu positif dikesan di Sarawak semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata dengan penambahan dua kes kematian ini, jumlah keseluruha­n kematian kini meningkat kepada 78 orang.

Manakala jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak meningkat kepada 8,869 kes setakat ini.

“Kes kematian ke-77 merupakan perempuan tempatan berumur 74 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu.

“Saringan ujian rT-PCR telah dibuat pada 18 Februari 2021 dan dikesan positif pada 19 Februari 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 24 Februari 2021,” katanya.

Bagi kes kematian ke-78 pula, merupakan lelaki tempatan berumur 90 tahun yang juga dirawat di Hospital Sibu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia hari ini (semalam),” katanya menambah kes turut mempunyai ko-morbid penyakit lain.

Mengenai kes positif yang dikesan di Sarawak, Sibu (80), Kapit (26), Bintulu (25), Kuching (18), Meradong (17), Miri (12), Samarahan (11), Serian (10), Selangau (8), Sri Aman (5), Saratok (3), Kanowit, Sarikei, Bukit Mabong dan Betong masing-masing satu kes.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 248 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam iaitu dari Hospital Sibu (149), Hospital Miri (43), PKRC di bawah Hospital Kapit (27), Hospital Umum Sarawak (25), Hospital Sarikei (3) dan PKRC di bawah Hospital Sri Aman (1).

Ini katanya menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih meningkat kepada 6,484 orang atau 73.11 peratus dari jumlah keseluruha­n kes di Sarawak.

Semalam juga terdapat 267 kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan lima PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

Manakala seramai 504 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel bagi menjalani kuarantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia