Utusan Borneo (Sarawak)

Bot tunda, tongkang ditahan belayar tanpa pas

Kesemua kru turut ditahan oleh Maritim Malaysia dalam rondaan Ops Permai di perairan Belawai

- Oleh Kepu Sidi

“Kesemua kru yang ditahan adalah terdiri daripada dua lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga India berumur lingkungan 22 hingga 55 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Sebuah bot tunda dan tongkang sarat muatan 3,000 tan metrik pasir yang belayar tanpa Pas Pelepasan Pelabuhan telah ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Manis, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim berkata, bot tersebut dipercayai sedang belayar dari Kuching menghala ke Sibu.

“Bot tersebut ditahan semasa rondaan Ops Permai di perairan Belawai pada jarak lebih kurang 1.2 batu nautika di barat daya Tanjung Jerijih sekitar jam 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati mereka gagal mengemukak­an dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan semasa pelayaran.

“Kesemua kru yang ditahan adalah terdiri daripada dua lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga India berumur lingkungan 22 hingga 55 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Berikutan itu, bot tunda, tongkang dan kru tersebut diiring ke Jeti HSL Tanjung Manis untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 37(1), Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukak­an dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan semasa pelayaran,” ujar Mohd Ariz lagi.

Justeru, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim dan nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamak­an keselamata­n apabila berada di laut dengan memakai jaket keselamata­n.

Orang ramai disarankan untuk menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigak­an menerusi talian 084-613292 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999.

 ??  ?? DITAHAN: Sebuah bot dan tongkang mengangkut pasir yang dikesan di perairan Tanjung Jerijih gagal mengemukak­an Pas Pelepasan Pelabuhan semasa pelayaran.
DITAHAN: Sebuah bot dan tongkang mengangkut pasir yang dikesan di perairan Tanjung Jerijih gagal mengemukak­an Pas Pelepasan Pelabuhan semasa pelayaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia