Utusan Borneo (Sarawak)

David Wong diterima masuk sebagai peguam bela dalam Sarawak Bar

-

KUCHING: Bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah diterima masuk sebagai peguam bela dalam Sarawak Bar pada 2 Februari lalu.

Peguam yang mewakili David Wong iaitu Chong Siew Chiang dan Michael Kong berkata, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan demikian setelah berpuas hati bahawa beliau (David) mempunyai kaitan atau hubungan dengan Sarawak.

Menurut Michael Kong ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuching semalam, David Wong sebelum ini bertugas sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman di Kuching, selain berkhidmat sebagai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak dan menyumbang kepada Badan Kehakiman di Sarawak.

David Wong yang lahir pada 20 Ogos 1953, di Sandakan bersara pada Februari 2020.

Graduan dari New South Wales di Sydney, Australia itu memegang Bachelor of Commerce (pengkhusus­an perakaunan) pada tahun 1976.

Setahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Pada 29 September 2005, beliau dilantik sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching.

Pada 11 April 2007, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Kuching sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 15 Januari 2009.

David Wong kemudian dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada Januari 2013 hingga April 2018.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Persekutua­n dan seterusnya dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantik­an Bekas Ketua Hakim Negara Malaysia Tan Sri Richard Malanjum.

 ??  ?? DAVID WONG
DAVID WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia