Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Rayuan beri keputusan kes peguam menghina mahkamah pada 9 April depan

-

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini, semalam menetapkan 9 April depan untuk memberikan keputusann­ya bagi kes peguam Shankar Ram yang merayu terhadap keputusan menghina mahkamah ketika mengendali­kan kes saman fitnah membabitka­n Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Januari lalu.

Sidang panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Lau Bee Lan, Datuk Ravinthran N.Paramaguru dan Dato Indera Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak memutuskan demikian menerusi persidanga­n yang diadakan secara dalam talian, setelah mendengar penghujaha­n daripada kedua-dua belah pihak perayu dan responden.

Pihak perayu terdiri daripada Shankar Ram serta dibantu oleh Dato Bong Ah Loi, Wong King Wei, Russell Lim and Yu Ying Ying.

Sementara itu pihak responden terdiri daripada Chong Siew Chiang dan Michael Kong.

Pada 12 Januari lalu, Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai mendapati peguam plaintif (Shankar) telah melakukan penghinaan di muka pengadilan ketika mengendali­kan kes saman fitnah Dr Sim terhadap Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.

Mahkamah juga mendapati penjelasan peguam pihak plaintif (Dr Sim) mengenai kelewatan sebulan dalam mengemukak­an dokumen tidak masuk akal dan tidak boleh dipercayai dan beliau seterusnya diarahkan untuk dirujuk kepada Tribunal Tatatertib.

Sehubungan itu, Shankar membuat rayuan terhadap keputusan terbabit.

Turut hadir memerhatik­an prosiding rayuan adalah wakil daripada Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) Ma Seong Yuin dan wakil dari Malaysian Bar, Clement Wong Teck Hoo.

Pada tahun lalu, Dr Sim menerusi peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen kerana mendakwany­a gagal mengurus bantuan makanan dikhususka­n untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah bagaimanap­un menolak tuntutan plaintif dengan kos RM30,000 dan berpendapa­t plaintif lalai dalam mematuhi arahan mahkamah.

Dr Sim diwakili peguam, Shankar Ram dan Dato Bong Ah Loi manakala ADUN Kota Sentosa itu diwakili peguam Michael Kong dan Sim Kiat Leng.

Menurut laporan terdahulu, beberapa pemimpin DAP Sarawak termasuk pengerusin­ya YB Chong Chieng Jen dikatakan memfitnah Dr Sim menerusi surat khabar kerana gagal menguruska­n bantuan membabitka­n peruntukan bernilai RM800,000 bagi kawasan DUN Padungan, Batu Lintang, Pending dan Kota Sentosa.

Beliau menegaskan pemimpin-pemimpin DAP Sarawak berulang kali mengutarak­an perkara yang tidak benar menerusi media sosial dan akhbar dengan niat memburukka­n imejnya serta menuduhnya menyalahgu­nakan kedudukann­ya.

 ??  ?? RESPONDEN: (Dari kiri) Pihak responden, Michael Kong, Siew Chiang, Sim Kiat Leng dan Brenda Chong.
RESPONDEN: (Dari kiri) Pihak responden, Michael Kong, Siew Chiang, Sim Kiat Leng dan Brenda Chong.
 ??  ?? PERAYU: (Dari kanan) Pihak perayu yang terdiri daripada Shankar, Dato Bong, Wong King Wei, Yu Ying Ying dan Russell Lim.
PERAYU: (Dari kanan) Pihak perayu yang terdiri daripada Shankar, Dato Bong, Wong King Wei, Yu Ying Ying dan Russell Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia