Utusan Borneo (Sarawak)

Galeri Warisan Melanau dijangka beroperasi akhir Ogos

-

MUKAH: Galeri Warisan Melanau (GWM) di Oya dijangka beroperasi pada akhir Ogos depan.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, pembinaan fasa pertama telah siap dan kini sedang menyiapkan pembinaan fasa kedua.

“Pembinaan fasa pertama sudah siap dan masih menunggu Permit Menduduki (OP) bagi pembinaan fasa kedua dijalankan,” katanya kepada Utusan Borneo setelah mesyuarat bersama Ahli Jawatankua­sa Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Oya (LAKMO) baru-baru ini.

Ketika mesyuarat, Fatimah diberikan laporan kemajuan tentang pembinaan GWM oleh Jabatan Kerja Raya dan konsultan projek.

Menurut Fatimah lagi, tender sudah ditutup 3 Februari lalu dan kini di peringkat Lembaga Tender Bahagian Negeri.

“Jika semuanya berjalan lancar, GWM dijangka siap pada akhir Ogos, InsyaAllah,” ujarnya lagi.

Ini kerana kerja-kerja pembinaan bagi fasa kedua itu dijadual mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.

Ketika OP diberikan, kerjakerja pembinaan fasa kedua GWM akan dimulakan.

Antaranya adalah pembinaan pagar, reka bentuk 10 tiang untuk 10 kubur tergantung, ruang pameran, bilik mesyuarat serta pejabat untuk para petugas galeri.

Turut dibina adalah pejabat untuk LAKMO, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Butik Mini Melanau.

Majlis pecah tanah GWM telah disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari pada 2017 di Dewan Perpaduan Dalat

Peruntukan pertama untuk pembinaan galeri berkenaan adalah RM 1.1 juta dan kemudianny­a peruntukan tambahan diumumkan sebanyak RM2 juta.

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia