Utusan Borneo (Sarawak)

SK Penasu Baharu, simbol harapan tinggi pendidikan masyarakat luar bandar: Safiee

-

MUKAH: Sekolah Kebangsaan (SK) Penasu Baharu di Daro yang bakal didirikan dengan kos RM35 juta merupakan harapan besar penduduk luar bandar khususnya di kawasan Penasu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, dilengkapi 12 bilik darjah, 12 kuarters kediaman guru serta bangunan tiga tingkat, ia digambarka­n turut mempunyai kemudahan lain setanding sekolah lain di kawasan bandar.

“Saya dapat rasakan dengan pelbagai kemudahan yang ada pada SK Penasu baharu ini nanti, ia bakal melahirkan ramai pelajar cemerlang terutamany­a yang berasal dari kawasan luar bandar khususnya Penasu ini,” katanya ketika lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan SK Penasu Baharu baru-baru ini.

Turut dilengkapi kemudahan asrama, sekolah baharu itu nanti bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk di Kampung Penasu, malah sembilan rumah panjang di sekitarnya.

Berkeluasa­n lima ekar, namun lagi 10 ekar bakal dimohon bagi naik taraf serta pembesaran sekolah tersebut untuk masa akan datang.

Safiee juga mengatakan telah memberikan nasihat kepada pihak konsultan agar reka bentuk sekolah itu nanti dibuat dengan mengambil kira pembesaran serta naik taraf dimaksudka­n yang boleh dilaksanak­an pada masa depan.

Proses tender bagi projek itu dijangka dikeluarka­n Ogos ini dan memakan masa dua tahun untuk disiapkan.

Pada lawatan, Safiee turut menyerahka­n surat penghargaa­n kepada bekas penghulu kawasan Penasu iaitu Badang Sebli.

Surat lantikan juga diserahkan kepada Penghulu baharu Keria Rebi yang sebelumnya menjawat Ketua Kaum Kampung Penasu.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daro Awang Dasuki Awang Dol, Pegawai Pendidikan Daerah Daeo Miskinah Arsyad dan Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran Mukah Faizal Suki.

 ??  ?? TINJAU: Safiee (kanan) ketika melawat tapak projek cadangan SK Penasu Baharu bersama yang lain.
TINJAU: Safiee (kanan) ketika melawat tapak projek cadangan SK Penasu Baharu bersama yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia