Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Daerah Matu kembali kepada status Hijau

-

KUCHING: Daerah Matu kembali kepada status Zon Hijau semalam selepas tiada kes jangkitan tempatan COVID19 dikesan di daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Daerah Beluru pula bertukar status ke Kuning setelah hanya 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh sama.

“Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,360 kes jangkitan tempatan dikesan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

“Hari ini (semalam) sahaja 17 kes baharu dikesan di Meradong, Kuching (18), Samarahan (11), Kapit (26), Bintulu (25), Sibu (80) manakala Julau dan Subis masing-masing tiada penambahan kes.

“Daerah Betong, Kanowit, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman pula kekal berstatus Jingga dengan keseluruha­n 160 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya.

Dalam pada Daerah Sarikei, Lundu, Bau, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning.

Jumlah keseluruha­n kes jangkitan tempatan di 10 daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas adalah sebanyak 73 kes.

Manakala lain-lain daerah iaitu Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi kekal berstatus Hijau.

Dari segi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula, sebanyak 16 kompaun dikeluarka­n polis semalam di daerah Padawan (5), Kuching (5), Sibu (3), Sarikei (2) dan Miri (1).

Manakala sebanyak 23 lokasi di Kuching (5), Sibu (4), Samarahan (3), Kapit (3), Sarikei (2), Miri (2), Betong (1), Sri Aman (1), Mukah (1) dan Bintulu (1) telah dinyahcema­r Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia