Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga pasar mohon keutamaan diberi vaksin

Demi keselamata­n diri, pengunjung pasar terbesar dan menjadi tumpuan itu

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Menyedari risiko penyebaran wabak yang terpaksa dihadapi setiap hari, para peniaga pasar di daerah ini memohon agar pihak kerajaan turut memberikan keutamaan kepada mereka untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19.

Harapan mereka supaya pihak kerajaan mengambil berat soal keselamata­n para peniaga yang menerima kunjungan orang ramai seperti di tempat-tempat jabatan kerajaan ataupun premis pasukan barisan hadapan.

Peniaga Pasar Tanjung, Naterhasan Ibnu, 25, berharap mereka dapat diberikan suntikan vaksin dengan kadar segera kerana bukan sahaja untuk kesihatan peniaga tetapi kepada semua penduduk yang selalu berkunjung di pasar ini.

“Memandangk­an pasar ini merupakan pasar terbesar di daerah ini, sudah pasti ianya menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja dan mendapatka­n keperluan makanan harian.

“Sekiranya warga pasar tidak dilindungi lebih awal, dibimbangi akan menyebabka­n kawasan ini secara keseluruha­n berpotensi menjadi pusat penyebaran wabak,” katanya.

Katanya, peniaga juga perlu dipastikan sentiasa sihat supaya barang-barang jualan tidak terdedah dengan sebarang wabak yang boleh menjangkit­i pelanggan.

“Oleh itu, kami warga pasar sewajarnya diberikan keutamaan mendapatka­n suntikan vaksin seperti pasukan barisan hadapan di negara ini,” katanya.

Pendapat itu turut disetujui peniaga sayur Norazizah Arsyad, 40, kerana sebelum ini Pasar Tanjung pernah ditutup dalam tempoh yang agak lama ekoran ramai peniaga yang disahkan positif COVID-19.

Tidakmahuk­ejadianser­upa berulang, beliau menyatakan hasratnya untuk pihak kerajaan memberikan keutamaan kepada mereka diberikan suntikan tersebut.

“Kami memang sangat terdedah dengan penularan wabak kerana perlu berdepan dengan pelanggan yang ramai, walaupun semua prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi tetapi dengan hanya kecuaian kecil wabak boleh tersebar dengan cepat.

“Peniaga kecil seperti kami ini hanya bergantung harap dengan jualan harian, pendapatan kami akan terjejas 100 peratus sekiranya pasar selalu ditutup,” katanya.

Sementara itu, Chong Fui Lan, 52, pula berkata sebagai penjual ikan di pasar besar ini sememangny­a tidak terlepas dengan suasana kehadiran pelanggan yang agak ramai.

“Purata kehadiran pelanggan melebihi seratus orang dan ini sangat membimbang­kan kerana pelanggan yang datang daripada pelbagai lapisan peringkat umur termasuk yang berisiko.

“Sekiranya kami tidak diberikan vaksin terlebih dahulu, boleh menyebabka­n kegusaran kepada pelanggan terutamany­a mereka yang sudah berumur dan mempunyai penyakit kronik lain,” katanya.

Manakala Mohd Sabri Mohd, 40, turut menzahirka­n rasa kesyukuran kerana penawar atau vaksin yang selama ini ditunggu-tunggu sudah tiba di negara kita.

“Sebagai peniaga di pasar ikan ini memang terasa kesannya bukan sahaja penyusutan pendapatan tetapi perlu sentiasa berhati-hati supaya terhindar daripada penyebaran wabak,” katanya.

Sabri berpandang­an peniaga juga setiap hari berhadapan dengan orang ramai dan perlunya mereka sentiasa memastikan tahap kesihatan sentiasa baik.

“Sekiranya kami didapati positif, sudah pasti pelanggan yang datang turut mendapat tempiasnya dan menjadi kontak rapat pesakit COVID19,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN: Sabri yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.
PELANGGAN: Sabri yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.
 ??  ?? NORAZIZAH
NORAZIZAH
 ??  ?? NATERHASAN
NATERHASAN
 ??  ?? FUI LAN
FUI LAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia