Utusan Borneo (Sarawak)

Empat rumah akan dibina, baik pulih dalam PJM Sabah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Empat rumah dikenal pasti terlibat dalam pelaksanaa­n Projek Jiwa Murni (PJM) peringkat negeri Sabah sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-88 (HTD).

Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid berkata, projek yang akan dilaksanak­an di Putatan itu melibatkan pelaksanaa­n baik pulih rumah dan juga bina baru.

“Sambutan HTD Ke- 88 pada tahun ini bertemakan, ‘Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat : Tunjang Kedaulatan Negara’ yang membawa maksud, hubungan erat yang dijalinkan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan rakyat adalah salah satu elemen penting bagi mendukung pencapaian lima Tonggak Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28.

“Pelaksanaa­n projek dilaksanak­an di kediaman veteran ATM Awang Rosman Awang Basar yang juga penduduk Kampung Meruntum dan bekas pekerja awam di Kem Lok Kawi Gandor Basri, penduduk Kampung Meruntum Fasa 2, Putatan.

“Selepas mengambilk­ira keadaan kediaman dan keupayaan kedua-dua individu serta keluarga mereka, ADUN Tanjung Keramat bersetuju untuk membantu mereka dengan melaksanak­an projek membaik pulih kediaman menggunaka­n khidmat bantuan kepakaran dari Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD),” katanya semasa meninjau PJM di Putatan.

Menurutnya bagi pelaksanaa­n PJM di seluruh Sabah, pihaknya mengenal pasti dan merancang empat projek melibatkan pelaksanaa­n baik pulih rumah dan juga bina baru.

“Keseluruha­n projek ini melibatkan kerjasama serta peruntukan daripada kerajaan negeri, pemimpin setempat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta JHEV.

“Jumlah projek-projek seumpama ini akan bertambah dari semasa ke semasa dan 5 Divisyen akan terus komited dalam membantu masyarakat Sabah yang memerlukan, terutama golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28 yang menekankan peningkata­n hubungan Tentera Darat bersama awam,” katanya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Halim bertemu dengan salah seorang pemilik rumah semasa PJM di Putatan.
TURUN PADANG: Halim bertemu dengan salah seorang pemilik rumah semasa PJM di Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia