Utusan Borneo (Sarawak)

Lima notis, satu kompaun dikeluarka­n

Menerusi Ops Bersepadu DBKK terhadap pematuhan SOP di premis niaga

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengeluark­an lima notis pematuhan sepanjang pelaksanaa­n Operasi Bersepadu terhadap Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Anjung Samudera Waterfront di sini.

Ketua Operasi Nur Atiqah Mamud berkata, operasi ini dilaksanak­an beberapa agensi termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan dibantu oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam operasi ini, kita memeriksa sebanyak 11 premis makanan dan hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat beberapa premis masih gagal dalam mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Pelesenan DBKK mengeluark­an sebanyak lima notis pematuhan syarat-syarat lesen coffee house kepada pemilik yang didapati gagal mematuhi lesen ditetapkan.

“Kita juga mengeluark­an satu notis mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau – Perkara 14 (1) disebabkan kesalahan Gagal Mempamerka­n Tanda Larangan Menjual Hasil

Tembakau Kepada Orang Belum Dewasa dan 1 notis mengikut Perkara 12 (1) (B) iaitu Gagal Memastikan Tiada Seorang Pun Merokok Di Dalam Premis.

“Satu lagi notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit turut diberikan kepada individu yang gagal mendaftark­an diri melalui aplikasi MySejahter­a,” katanya.

Menurutnya operasi turut dikendalik­an lima orang anggota Jabatan Pelesenan, sembilan anggota kakitangan KKM diketuai oleh Sundusin Nganro dan Asisten Superinten­dan

Norul Azlan Mohd Nawi turut mengetuai pasukan IPD Kota Kinabalu bersama lapan anggota balai.

Tambahnya Jabatan Penguatkua­sa DBKK yang diketuai Mukti Abdul Muchlish bersama sembilan anggota turut serta dalam operasi bersepadu ini.

 ??  ?? PERIKSA: Azlan memeriksa pendaftara­n MySejahter­a daripada salah seorang pengunjung.
PERIKSA: Azlan memeriksa pendaftara­n MySejahter­a daripada salah seorang pengunjung.
 ??  ?? OPERASI: Pasukan operasi memeriksa salah sebuah premis semasa Ops Bersepadu Pematuhan SOP di sini.
OPERASI: Pasukan operasi memeriksa salah sebuah premis semasa Ops Bersepadu Pematuhan SOP di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia