Utusan Borneo (Sarawak)

Madrasah tahfiz bakal didirikan di Kampung Sendil

- Oleh Kenneddy Corlleus

PUTATAN: Sebuah Madrasah Tahfiz Darul Uluumil Quraniyyah bakal didirikan di Kampung Sendil dekat sini hasil usaha Ahli Lembaga serta Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Darul Uluumil Quraniyyah II.

Tapak madrasah tahfiz yang diwakaf itu mula dibersihka­n warga penduduk kampung dan AJK Darul Uluumil Quraniyyah II dalam satu majlis pecah tanah dan gotong-royong yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Gotong-royong yang disertai dalam bilangan terhad itu diadakan bagi membersihk­an persekitar­an tapak madrasah tahfiz sekali gus memudahkan kerja-kerja pembinaann­ya yang dijangka dimulakan dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Darul Uluumil Quraniyyah II Datuk Sahran Untai ketika ditemui selepas gotong-royong merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang diadakan itu.

Katanya, walaupun diadakan mengikut SOP dengan bilangan yang dihadkan ianya memberi gambaran baik terhadap pembinaan tahfiz yang dilihat diterima baik masyarakat Islam di Kampung Sendil.

Dengan adanya madrasah tahfiz itu nanti, beliau yakin ianya bukan sahaja akan memberi manfaat dalam pendidikan keagamaan tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat sekitarnya.

Dijangkaka­n Madrasah Tahfiz Darul Uluumil Quraniyyah II Kampung Sendil itu berupaya menempatka­n kira-kira sekitar 30 hingga 40 pelajar tahfiz kelak.

Dalam pada itu, Sahran turut mengalu-alukan orang ramai khususnya umat Islam yang ingin menghulurk­an sumbangan bagi membantu pembinaan tahfiz bolehlah menghubung­i pihak Darul Uluumil Quraniyyah II untuk lebih lanjut.

 ??  ?? PECAH TANAH: Sahran (kanan) bersama AJK dan penduduk kampung melaksanak­an gotong-royong bagi memberi laluan kepada pembinaan madrasah tahfiz.
PECAH TANAH: Sahran (kanan) bersama AJK dan penduduk kampung melaksanak­an gotong-royong bagi memberi laluan kepada pembinaan madrasah tahfiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia