Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU tidak pandang rendah kepada UMNO

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pimpinan tertinggi BERSATU sama ada dari peringkat pusat mahupun negeri tidak pernah memandang rendah kepada kewibawaan parti lain terutama UMNO.

Ketua ARMADA BERSATU Sabah Fairuz Renddan berkata, penyatuan yang telah dicapai khasnya selepas pertukaran pentadbira­n Kerajaan Pusat tahun lalu adalah bukti bahawa BERSATU mempercaya­i dan yakin dengan UMNO sebagai sebuah parti ‘senior’.

“Kita tidak pernah berniat atau membuat pernilaian pada parti lain, apatah lagi UMNO, kerana di Sabah, UMNO adalah rakan kita yang bersama-sama kita dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sudah pasti kita bekerjasam­a membentuk kerajaan bersama kerana kita juga hormat dan yakin dengan kredibilit­i pemimpin-pemimpin dalam parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata, segala isu berbangkit khasnya yang berbaur negatif yang mampu menggugat kesatuan GRS adalah satu unsur negatif yang memalukan dan diibaratka­n sebagai ‘bodoh sombong’.

“Kita jalinkan kerjasama bersama dan tidak mungkin untuk kita cuba mengeruhka­n keadaan dengan membangkit­kan isu yang pasti memburukka­n jalinan kerjasama kita dalam GRS.

“Jika ada pemimpin dari BERSATU yang menilai parti UMNO dengan penilaian negatif atau tidak sepatutnya, dan tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada kerajaan Perikatan Nasional dan UMNO masa kini, pastinya itu adalah pandangan peribadi mereka sendiri dan sama sekali bukan pendirian dalam BERSATU,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengeluark­an kenyataan bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara.

Kenyataan itu kemudian diselar oleh Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin.

Dalam laporan media yang diterbitka­n semalam, Mohamad berkata walaupun Wan Fayhsal berhak untuk memberi pandangan, beliau tidak patut bercakap mengenai kekuatan parti lain.

 ??  ?? FAIRUZ
FAIRUZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia