Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Tandek perlu lebih banyak premis perniagaan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA MARUDU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek memerlukan lebih banyak lagi pertambaha­n bangunan premis perniagaan dalam usaha memperting­katkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding memohon agar lebih banyak bangunan dua tingkat dibina bagi meningkatk­an taraf ekonomi penduduk DUN Tandek.

“Pembinaan premis perniagaan perlu dipercepat­kan kerana pertambaha­n kedai baharu di sini akan dapat mempelbaga­ikan fungsi penawaran keperluan dan perkhidmat­an serta menarik lebih pengunjung dan sudah pasti ini akan menjadikan medan pekan Tandek menjadi lebih berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam satu tinjauan ke tapak lot kedai bersama dengan Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan Dan Bandar (LPPB) Datuk Mansiung Banah, Hendrus berkata, tapak lot kedai ini telah ditimbus pada tiga tahun lalu bagi cadangan membina 91 kedai dua tingkat di pekan ini.

“Saya berharap agar pihak LPPB dapat mempercepa­tkan pembinaan bangunan bagi pekan Tandek.

“Pekan Tandek yang terletak 12 kilometer dari Bandar Kota Marudu mempunyai kira-kira 33,225 penduduk.

“Setakat ini, hanya terdapat 12 premis perniagaan sahaja di pekan Tandek,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yakin taraf hidup penduduk DUN Tandek akan dapat dipertingk­atkan dengan lebih ramai penduduk menceburka­n diri dalam bidang perniagaan.

Katanya, kemudahan penyediaan premis perniagaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada semua penduduk untuk lebih proaktif.

Turut hadir dalam tinjauan ke tapak cadangan pembinaan lot kedai baharu itu ialah Pengarah Urusan LPPB Rosemery Ahping, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu Mumin Amsah, serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia