Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n berterusan Pelabuhan Sandakan amat penting bagi ekonomi negeri

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata perkembang­an berterusan Pelabuhan Sandakan dan perkhidmat­annya amat penting bukan sahaja untuk pertumbuha­n ekonomi Sandakan, tetapi juga sama pentingnya untuk pertumbuha­n ekonomi Sabah.

Beliau menyatakan perkara ini selepas melakukan lawatan kerja ke Pelabuhan Sandakan di Karamuntin­g dekat sini pada Isnin.

Dalam lawatan itu, beliau disambut oleh Pengurus Kanan Pelabuhan Sandakan Elsie Philip yang kemudian memberikan taklimat kepada Vivian dan pasukannya mengenai kemudahan di pelabuhan itu, cabaran yang dihadapi dan begitu juga peluang pertumbuha­n.

Walaupun banyak dibincangk­an mengenai perkembang­an Pelabuhan Kontena Teluk Sapanggar untuk beberapa dekad, Pelabuhan Sandakan kekal sebagai antara pelabuhan yang paling sibuk di Sabah dari segi jumlah kapal dan muatannya.

Pada 2019, Pelabuhan Sandakan menerima 1,251 kapal, mewakili 29 peratus daripada jumlah keseluruha­n kapal ke Pelabuhan Sabah, sementara jumlah keseluruha­n berat kargo yang berdaftar adalah sebanyak 4.56 juta tan metrik, yang mana eksport minyak sawit mentah adalah yang paling utama.

“Semasa pandemik COVID-19, hampir semua penerbanga­n dalam dan luar Sandakan juga telah dibatalkan berikutan pergerakan orang ramai sangat terhad berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanap­un, operasi pelabuhan kita kekal aktif seperti sebelumnya bagi memastikan pergerakan barangan keperluan tidak terkesan. Pelabuhan Sandakan juga kekal menjadi saluran import dan eksport utama di sini. Oleh itu, ia juga menjadi penghubung penting bagi meningkatk­an daya upaya ekonomi kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Vivian berkata, kebangkita­n ekonomi pasca-COVID adalah agenda utama untuk semua pihak.

Beliau juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Elsie kerana membangkit­kan masalah kedalaman atau air yang cetek di kawasan masuk Pelabuhan Sandakan, yang telah menghalang kapal kargo yang lebih besar dari berlabuh di pelabuhan itu yang secara langsung turut mempengaru­hi daya saing pelabuhan serta kos barang masuk dan keluar dari pelabuhan ini.

Jelasnya, ia berikutan kapal yang lebih besar cenderung menikmati skala ekonomi yang lebih besar.

“Dalam perkembang­an lain, isu aktiviti penghantar­an dan tukar barang dengan Selatan Filipina juga merupakan antara kebimbanga­n yang selalu dibangkitk­an oleh komuniti perniagaan kita. Jumlah dagangan kita dengan Selatan Filipina melalui aktiviti penghantar­an dan tukar barang melebihi RM1 juta setiap bulan sebelum wabak melanda. Saya menyeru kepada kerajaan agar menarik larangan berkenaan aktiviti ini memandangk­an pembukaan semula sektor ekonomi baru-baru ini.

“Kita boleh menyambung semula aktiviti ini dengan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sama seperti sektor ekonomi yang lain di negara ini.

“Saya sangat yakin Sandakan secara geografiny­a sangat ideal dijadikan sebagai pusat perdaganga­n untuk Filipina Selatan, Sulawesi Utara, Sulawesi Tengah dan Kalimantan Utara. Selain itu, kita juga terletak di Selat Makassar, yang merupakan laluan penghantar­an utama untuk kargo pukal di seluruh dunia.

“Dengan dasar kerajaan yang kondusif dan pelaburan yang diperlukan dari sektor awam dan swasta untuk mengatasi halangan yang ada, Sandakan berpotensi besar menjadi pusat perdaganga­n utama minyak sawit mentah, biodiesel dan produk lain yang berkaitan,” jelasnya.

 ??  ?? TINJAU: Hendrus (tengah) bersama Masiung (dua kiri) ketika meninjau tapak lot cadangan pembinaan premis perniagaan pekan Tandek.
TINJAU: Hendrus (tengah) bersama Masiung (dua kiri) ketika meninjau tapak lot cadangan pembinaan premis perniagaan pekan Tandek.
 ??  ?? LAWAT: Vivian dan pasukannya ketika melawat Pelabuhan Sandakan pada Isnin.
LAWAT: Vivian dan pasukannya ketika melawat Pelabuhan Sandakan pada Isnin.
 ??  ?? BINCANG: Sesi perbincang­an antara Vivian dan kakitangan Pelabuhan Sandakan.
BINCANG: Sesi perbincang­an antara Vivian dan kakitangan Pelabuhan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia