Utusan Borneo (Sarawak)

Bersihkan parit tersumbat, elak banjir kilat di kawasan MPP: Lo

Pemaju, kontraktor diingat tidak sekat perparitan di tapak projek

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pemaju dan kontraktor dalam kawasan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) diarahkan untuk membersih parit tersumbat di tapak projek masingmasi­ng bagi mengelak berlakunya banjir kilat.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, MPP berusaha untuk mengurangk­an berlakunya banjir kilat dalam kawasan pentadbira­nnya.

“Saya ingin mengingatk­an semua pemaju dan kontraktor untuk tidak menyekat aliran sistem perparitan di tapak projek masing-masing.

“Kepada masyarakat umum, mereka digalakkan untuk membuat aduan kepada MPP jika berlakunya masalah ini,” katanya pada sidang media menerusi Zoom selepas Mesyuarat Penuh MPP semalam.

Tambah Lo, bagi mengatasi masalah banjir kilat MPP menyokong projek tebatan banjir yang dilaksanak­an Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak di beberapa kawasan dalam MPP.

Antaranya di kawasan Stakan, Batu Kawa, Desa Wira dan lain-lain tempat dengan RM120 juta diperuntuk­kan JPS Sarawak bagi projek tebatan banjir di Batu Kawa sahaja.

“Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian turun

Saya ingin mengingatk­an semua pemaju dan kontraktor untuk tidak menyekat aliran sistem perparitan di

” tapak projek masing-masing.

Lo Khere Chiang

Pengerusi MPP padang bagi memastikan dana digunakan dengan sebaiknya bagi projek ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Lo turut mengemas kini pemberian diskaun bagi cukai pintu tahunan 2021 bagi semua pegangan jenis kediaman, komersial, industri dan pegangan khas di bawah MPP.

Inisiatif diskaun cukai pintu ini katanya, telah dilaksanak­an sejak kepimpinan Tok Nan (Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) dan diteruskan di bawah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Semua jenis pegangan menerima diskaun ini dan saya mahu ia dikongsika­n kepada umum supaya semua orang tahun akan diskaun ini.

“Tidak ada negeri lain di

Malaysia yang memberikan diskaun ini dan semua ini adalah atas tadbir urus kerajaan serta kepimpinan kita yang baik,” katanya.

Di bawah inisiatif diskaun ini, pegangan kediaman di mana cukai pintu tahunan bagi tahun 2021 melebihi RM400 akan diberikan diskaun sebanyak 25 peratus untuk setengah tahun pertama 2021 iaitu Januari hingga Jun 2021.

Manakala pegangan komersial, industri dan pegangan khas yang dimiliki individu atau pihak swasta dan syarikat swasta akan diberikan diskaun sehingga 25 peratus untuk setengah bulan pertama 2021 iaitu Januari hingga Jun 2021 sahaja.

 ??  ?? MANFAAT TEKNOLOGI: Lo (bawah dua kiri) bercakap pada sidang media menerusi Zoom selepas mesyuarat MPP semalam.
MANFAAT TEKNOLOGI: Lo (bawah dua kiri) bercakap pada sidang media menerusi Zoom selepas mesyuarat MPP semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia