Utusan Borneo (Sarawak)

NILAM peluang terbaik pelajar isi masa lapang dan menambah ilmu

-

MIRI: Penularan COVID-19 dan pembudayaa­n norma kehidupan baharu ketika ini tidak boleh dijadikan penghalang untuk pelajar-pelajar menuntut ilmu.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut Madline Jayan berkata, program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau lebih dikenali sebagai NILAM merupakan peluang terbaik bagi pelajar untuk mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang telah diberikan secara digital melalui guru tingkatan masing-masing.

“Tabiat suka membaca itu akan memperkaya­kan ilmu pengetahua­n, malah saya yakin guru-guru, Pusat Sumber Sekolah (PSS) sudah merancang aktiviti-aktiviti pengayaan yang menarik untuk dibawa kepada anak-anak pelajar walaupun kamu berada di rumah.

“Para ibu bapa dan guru, sokong dan bantulah anakanak murid kita, saya percaya dengan usaha dan kerjasama yang ikhlas dan pengurusan di dalam sekolah yang baik, ia bukan sahaja dapat menjayakan objektif NILAM, malah boleh memberi impak positif yang besar kepada kemenjadia­n murid yang baik akhlaknya dan luas pengetahua­n serta kemahirann­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarka­n Program NILAM Peringkat SMK Pujut 2021 secara maya di saluran rasmi YouTube dan Facebook sekolah tersebut semalam.

Beliau berkata program NILAM merupakan satu usaha berterusan untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah agar wujudnya masyarakat Malaysia yang cintakan kepada budaya membaca dan ilmu.

Dalam majlis pelancaran secara maya tersebut, salah seorang pelajar Tingkatan 5, Evangelica Carldhina turut berkongsi telah membaca 60 buah bahan bacaan buku dan 10 buah bahan bacaan bukan buku sejak Tingkatan 1 sehingga sekarang.

“Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) saya ada membaca satu majalah masakan lalu mencuba satu resipi yang dikongsika­n dan hasilnya agak memuaskan dan saya seronok mencubanya.

“Saya juga meneroka bahan-bahan buku digital yang diberikan oleh pihak sekolah, sungguh menarik ya, selain daripada membaca bahan buku digital, bahan bacaan yang turut boleh dibaca ialah komik, majalah, novel, kamus atau buku rujukan.

“Membaca buku banyak memberikan manfaat kepada kita iaitu menambahka­n ilmu pengetahua­n, memberikan idea-idea baharu dan juga memberikan inspirasi,” ujar beliau.

Pelbagai aktiviti dirangka pihak sekolah bagi menggalakk­an amalan membaca iaitu 10 minit membaca bersama, Hari Buku Sedunia, tulisan tercantik, melukis poster, kuiz, menghasilk­an video, membina mini PSS di rumah, ‘Pujut Read Aloud’, rak digital pelajar, swafoto karakter kegemaran, menghasilk­an tayangan slaid informasi setempat, dan anugerah pembaca.

 ??  ?? RASMI: Tangkap layar pelancaran Program NILAM Peringkat SMK Pujut 2021 secara maya di saluran YouTube dan Facebook sekolah tersebut semalam.
RASMI: Tangkap layar pelancaran Program NILAM Peringkat SMK Pujut 2021 secara maya di saluran YouTube dan Facebook sekolah tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia