Utusan Borneo (Sarawak)

Masih banyak pembanguna­n diperlukan rakyat luar bandar

GPS sentiasa usaha bawa pembanguna­n secara berterusan: Henry

- Oleh Mastura Ismail

BA’ KELALAN: Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong menjelaska­n masih banyak pembanguna­n yang diperlukan masyarakat di luar bandar termasuk di Lawas.

Jelas beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat persekutua­n dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat negeri sentiasa memahami keperluan ini dan berusaha untuk membawa pembanguna­n secara berterusan.

“Kita sedar kawasan pedalaman Lawas masih memerlukan banyak pembanguna­n

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

asas untuk dilaksanak­an berterusan dalam usaha meningkatk­an kehidupan mereka,” katanya pada lawatan ke Long Tanid di Ba’ Kelalan, baru-baru ini.

Mengiringi beliau ialah Pegawai Daerah Lawas

Ladin Latok.

Ahli Parlimen Lawas itu berkata lagi, sejumlah RM250,000 diperuntuk­kan untuk projek pembinaan Fasa Kedua Dewan Kampung Long Tanid.

Katanya, fasa pertama berjumlah RM80,000 telah disiap dilaksanak­an di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Beliau mahu penduduk di tanah tinggi itu terus memberi sokongan kepada kerajaan GPS dalam memastikan pembanguna­n dapat dilaksanak­an.

“Inilah hakikat yang perlu difikir penduduk di DUN Ba’ Kelalan dalam merencana melalui pilihan betul menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Henry turut melawat pelaksanaa­n projek menaik taraf dewan Kampung Buduk Bui yang bernilai RM60,000 di bawah RTP.

Kita sedar kawasan pedalaman Lawas masih memerlukan banyak pembanguna­n asas untuk dilaksanak­an berterusan dalam usaha meningkatk­an

” kehidupan mereka.

Datuk Henry Sum Agong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia