Utusan Borneo (Sarawak)

Semua ahli parlimen harus sambut baik pandangan Parlimen boleh bersidang semasa darurat: Dr Yii

-

KUCHING: Semua ahli parlimen dari kedua-dua pihak pembangkan­g dan kerajaan harus menyambut baik pandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, Parlimen memainkan peranan pentingunt­ukmemperka­sakan lagi badan perundanga­n yang lebih telus, amanah dan unik yang sesuai untuk keadaan dalam menghadapi wabak kini.

“Ia juga akan membantu meningkatk­an keyakinan dan penerimaan pendekatan diambil oleh kerajaan terhadap pandemik terutama semasa pelaksanaa­n vaksin.

“Maka itu, semua ahli parlimen sama ada pihak pembangkan­g atau kerajaan mesti menyambut baik perkara ini kerana kita perlu mempertaha­nkan kebebasan dan peranan badan perundanga­n terutama keperluan mendesak,” ujarnya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddinA­l-MustafaBil­lah Shah menzahirka­n pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad

Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu termaktub dalam subperengg­an 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaiman­a difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Dr Yii yang juga Penolong Setiausaha DAP Sarawak berkata, dengan pandangan daripada Yang di-Pertuan Agong itu, beliau berharap kerajaan akan memanggil semula Parlimen seawal Mac ini.

“Ia bagi membolehka­n kita memainkan peranan dengan tidak hanya membiarkan pengawasan terhadap pendekatan kerajaan dalam menghadapi COVID-19, tetapi juga untuk kita membangkit­kan pelbagai masalah dihadapi di kawasan masing-masing.

“Selain itu, ia juga menggalakk­an kerajaan untuk menetapkan hala tuju rancangan bagaimana mereka merangsang ekonomi semasa demi kebaikan rakyat,” katanya.

 ??  ?? DR YII
DR YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia