Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 di Sibu Jaya jalani saringan kedua COVID-19

-

SIBU: Dianggarka­n 1,000 penghuni dari lapan flat di Sibu Jaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) sedang menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun berkata, operasi pengesanan kes aktif (ACD) bagi pandemik COVID-19 di kawasan berkenaan masih berlangsun­g.

“Kita masih menunggu hasil keputusan sampel calitan yang diambil daripada mereka yang menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua,” katanya semasa dihubungi semalam.

Dr Teh berkata, kesemua penghuni di lapan flat berkenaan turut memberikan kerjasama baik apabila tiada seorang pun yang gagal hadir menjalani ujian saringan kedua.

Isnin lalu, Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBBS) Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, ujian saringan kedua ini sangat penting untuk menentukan jumlah sebenar kes positif dan merancang tindakan selanjutny­a.

“Kami ingin mengetahui di mana kes-kes positif dikesan dan apakah langkah mengenakan PKPD dilanjutka­n atau hanya dilakukan bahagian-bahagian tertentu.

“Kami juga tidak mahu ada di antara penduduk di kedua-dua kawasan PKPD ini ketinggala­n dalam ujian saringan kedua kerana seseorang boleh diuji negatif pada saringan pertama tetapi diuji positif pada saringan kedua.

“Jadi, itulah sebabnya kami tidak ingin ada yang ditinggalk­an kerana takut jika orang ini positif kemudian, dia dapat menyebarka­n penyakit ini kepada orang lain dan kami perlu kembali ke titik awal.

“Kami tidak mahu ini terjadi,” jelas beliau.

 ??  ?? DR TEH
DR TEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia