Utusan Borneo (Sarawak)

Masing tidak tolak kemungkina­n pilihan raya semasa darurat

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing tidak menolak kemungkina­n pilihan raya boleh berlaku semasa darurat.

Menurut beliau, ia berikutan pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bahawa Parlimen kini boleh bersidang semasa tempoh darurat.

“Kemungkina­n dengan persidanga­n semula Parlimen semasa darurat, ia kembali kepada demokrasi.

“Ini juga bermaksud pilihan raya umum juga boleh diadakan,” katanya kepada The Borneo Post, semalam.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan bagaimanap­un menasihatk­an rakyat agar terus berwaspada dan berhati-hati.

“Namun dalam kegembiraa­n kita melihat kembalinya prinsip-prinsip demokrasi, kita tidak boleh lupa kenapa darurat diisytihar­kan pada awalnya. Ia adalah untuk mengekang penularan dan ancaman COVID-19.

“Jika parlimen akan bersidang dan pilihan raya umum diadakan semasa tempoh darurat, SOP (prosedur operasi standard) kesihatan yang ketat harus dipatuhi oleh parti-parti politik dan peraturan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) juga harus dilaksanak­an dengan ketat semasa pilihan raya untuk mengekang penyebaran dan ancaman COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, jika semua pihak politik mengikuti nasihat dan arahan Kementeria­n Kesihatan dan SPR, tiada alasan mengapa Parlimen tidak dapat bersidang dan pilihan raya umum tidak dapat diadakan terutamany­a kini kerana vaksin sudah tersedia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan kelmarin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subperengg­an 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaiman­a difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Henry (empat kiri) dan Ladin ketika melawat Dewan Long Tanid di Ba’ Kelalan, baru-baru ini.
KEMUDAHAN RAKYAT: Henry (empat kiri) dan Ladin ketika melawat Dewan Long Tanid di Ba’ Kelalan, baru-baru ini.
 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia