Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Sarikei dan daerah sekitarnya digesa daftar untuk vaksin COVID-19

-

SARIKEI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei memaklumka­n bahawa Program Vaksinasi COVID-19 telah dilancarka­n di Malaysia dan akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

Kenyataan rasmi pada portal Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei kelmarin memaklumka­n proses pendaftara­n untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 kini sedang giat dilakukan terutamany­a bagi daerah Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.

Pendaftara­n vaksinasi boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu melalui aplikasi Mysejahter­a, menerusi laman sesawang www.vaksincovi­d.gov. my dan membuat pendaftara­n di klinik dan hospital awam.

Suntikan vaksin ini adalah percuma dan secara sukarela kepada individu 18 tahun dan ke atas dan diberikan dua dos bagi memastikan perlindung­an sepenuhnya dapat dicapai.

Semua individu berusia 18 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria yang ditetapkan layak menerima suntikan ini kecuali mereka yang mempunyai sejarah alahan serius terhadap vaksin serta ubat-ubatan, ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak.

Bagi yang mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan, mereka perlulah maklumkan kepada doktor atau jururawat sebelum menerima vaksin dan juga berasa tidak sihat dan demam dengan suhu badan yang tinggi, mempunyai masalah pendarahan dan sistem ketahanan badan yang lemah akibat penyakit.

Program suntikan ini terbahagi kepada tiga kumpulan sasaran iaitu petugas barisan hadapan, kumpulan sasaran kedua ialah warga emas berumur lebih 60 tahun, individu yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan, obesiti dan Orang Kelainan Upaya (OKU), manakala kumpulan sasaran ketiga ialah individu berusia 18 tahun dan ke atas.

Penerima vaksin perlu membuat pemantauan sendiri selepas vaksinasi dan jika perlu anda boleh mendapatka­n rawatan kesan sampingan vaksinasi di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu masih perlu diteruskan selepas menerima suntikan vaksin.

Semua penduduk perlu mengamalka­n 3W dan mengelakka­n 3C iaitu basuh tangan dengan sabun atau pensanitas­i tangan, penjarakan fizikal satu meter daripada orang lain dan pakai pelitup muka.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei juga mengingatk­an penduduk bahawa sehingga kini belum ada vaksin COVID-19 dijual secara sah di pasaran Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.vaksincovi­d. gov.my untuk mendapatka­n maklumat mengenai vaksin COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia