Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar untuk mendapatka­n imunisasi COVID-19

Daftar menerusi MySejahter­a, klinik kesihatan kerajaan dan pejabat daerah di seluruh Sarawak: Dr Chin

- Oleh Patricia Gari

Justeru orang ramai dinasihati segera memuat turun aplikasi MySejahter­a untuk memudahkan proses pendaftara­n atau pergi terus ke klinik-klinik kesihatan kerajaan berdekatan untuk mendaftar bagi pemberian

” imunisasi ini.

Dr Chin Zin Hing

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak menyeru rakyat negeri ini mendaftar untuk mendapatka­n imunisasi COVID-19 bagi melindungi diri dan orang di sekeliling mereka.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, pendaftara­n boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahter­a versi terkini yang dikemas kini, selain mendaftar di klinik-klinik kesihatan kerajaan berdekatan dan pejabat daerah di seluruh negeri.

“Penduduk Malaysia yang tinggal di Sarawak bolehlah mendaftar untuk pemberian imunisasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahter­a versi terkini (kemas kini). Bagi yang mempunyai ibu bapa warga usia emas yang tiada kemudahan telefon pintar, bolehlah mendaftar bagi pihak mereka sebagai tanggungan.

“Sebaliknya, bagi yang tiada akaun MySejahter­a, boleh mendaftar di klinikklin­ik kesihatan kerajaan yang terdekat.

“Manakala, bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman, bolehlah mendaftar di pejabat daerah melalui ketua komuniti masing-masing seperti ketua kampung, ketua kaum, tuai rumah dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Justeru orang ramai dinasihati segera memuat turun aplikasi MySejahter­a untuk memudahkan proses pendaftara­n atau pergi terus ke klinik-klinik kesihatan kerajaan berdekatan untuk mendaftar bagi pemberian imunisasi ini,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau menambah bagi yang sudah mempunyai akaun MySejahter­a, kaedah secara ‘push notificati­on’ akan diberikan sebagai peringatan untuk mereka menerima imunisasi COVID-19.

Sijil imunisasi digital akan diberikan secara automatik apabila penerima telah mendapat dos yang lengkap.

Manakala, bagi mereka yang tiada akaun My Sejahtera, peringatan akan dibuat melalui kad temu janji dan juga panggilan telefon. Kad imunisasi akan diberikan kepada penerima sebaik sahaja melengkapk­an dos imunisasi.

Dr Chin berkata, Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri akan bermula 26 Februari ini selepas dilancarka­n di peringkat kebangsaan pada 24 Februari dengan penerima pertama vaksin tersebut ialah Perdana

Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menambah, pemberian imunisasi itu adalah secara sukarela dan percuma untuk semua warganegar­a Malaysia yang layak serta berusia 18 tahun ke atas dan akan dijalankan dalam tiga fasa.

Bagi fasa pertama katanya, imunisasi adalah untuk petugas barisan hadapan kesihatan termasuk swasta, diikuti petugas barisan hadapan daripada agensi-agensi lain dan pemberian vaksin akan dilakukan di beberapa fasiliti kesihatan kerajaan dan dewan masyarakat yang telah ditetapkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Pada fasa kedua pula, imunisasi COVID-19 akan meliputi golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan rakyat Malaysia yang mempunyai risiko komorbid (mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi).

“Pemberian imunisasi pada fasa ini juga akan dibuat di fasiliti kesihatan kerajaan dan dewan masyarakat sebagai PPV, malah akan termasuk juga fasiliti kesihatan swasta terpilih serta fasiliti seperti institusi warga emas.

“Manakala, fasa ketiga akan melibatkan pemberian imunisasi COVID-19 kepada kesemua warganegar­a Malaysia di Sarawak yang layak dan berumur 18 tahun ke atas.

“Fasa Ketiga ini juga akan dilaksanak­an secara ‘outreach’ di dewan-dewan masyarakat yang telah dikenal pasti, selain fasiliti kesihatan kerajaan dan fasiliti kesihatan swasta yang terpilih,” jelasnya.

Menjelas lanjut, Dr Chin berkata empat objektif Program Imunisasi COVID-19 ialah melindungi petugas barisan hadapan daripada jangkitan COVID-19 dan mengelakka­n sistem kesihatan dan keselamata­n daripada lumpuh, melindungi populasi Malaysia amnya, dan Sarawak khususnya, yang berisiko tinggi daripada kematian dan komplikasi akibat jangkitan COVID-19, membentuk imunisasi kelompok dalam kalangan populasi Malaysia amnya, dan Sarawak khususnya, bagi membolehka­n sektor ekonomi beroperasi dan mengawal wabak dalam kawasan berisiko tinggi bagi mengurangk­an transmisi jangkitan COVID-19 dalam komuniti terutamany­a di Sarawak.

“Orang ramai dinasihati agar tidak mudah terpengaru­h dengan maklumat yang tidak sahih mengenai vaksin COVID-19 dan sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan sekiranya memerlukan maklumat yang betul dan tepat.

“Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri juga memohon kerjasama semua pihak agar sentiasa mengikuti nasihat dan perancanga­n pemberian imunisasi yang akan disalurkan melalui aplikasi MySejahter­a nanti termasukla­h daripada pihak media,” katanya.

Beliau memberitah­u, sebelum program pemberian imunisasi ini bermula, JKN Sarawak telah menyediaka­n talian ‘hotline’ untuk memudahkan orang ramai mendapatka­n sebarang maklumat lanjut berkaitan program tersebut termasukla­h vaksin yang akan digunakan.

Talian ‘hotline’ Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang boleh dihubungi ialah 082-473275/473276/47330 4/473320/473345 yang beroperasi bermula semalam.

Justeru katanya, untuk melancarka­n lagi program pemberian imunisasi ini, JKN Sarawak sekali lagi berharap agar orang ramai segera memuat turun aplikasi MySejahter­a dan mengaktifk­annya atau menghubung­i mana-mana klinik kesihatan terdekat untuk pendaftara­n.

 ??  ?? DR CHIN
DR CHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia