Utusan Borneo (Sarawak)

JPBBM seru orang awam lakukan pendaftara­n vaksinasi COVID-19

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) menyeru orang awam melakukan pendaftara­n bagi mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 secara berperingk­at.

JPBBM dalam satu kenyataan semalam berkata pendaftara­n boleh dilakukan dengan lima kaedah sama ada secara dalam talian atau melalui agensi yang telah dipilih.

“Bagi pendaftara­n Vaksinasi COVID-19 di Bahagian Miri, orang ramai diminta untuk memuat turun serta mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahter­a dan selanjutny­a mengaktifk­an notifikasi dalam tetapan telefon bimbit.

“Temu janji bagi pemberian vaksin akan diberi menerusi aplikasi MySejahter­a dan penerima vaksin perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada masa yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Bagi yang tidak mempunyai aplikasi MySejahter­a atau tidak mempunyai akses kepada kemudahan Internet pula diminta untuk mengemukak­an permohonan vaksinasi COVID-19 melalui empat saluran.

Antaranya ialah melalui pejabat daerah, melalui ketua kaum iaitu ketua kampung, kapitan dan tuai rumah yang akan dibantu JKKK masingmasi­ng.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui Jawatankua­sa Penduduk (RC) (Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Subis, Majlis Daerah Marudi) atau mendaftar pada waktu pejabat di klinik kesihatan awam berdekatan bagi kawasan pedalaman.

Antara Klinik Kesihatan yang dipilih ialah Ulu Teru, Long San, Long Pilah, Long Naah, Long Miri, Long Bedian, Long Kevok, Long Bemang, Long Jakitan, Long Jeeh, Long Moh dan Long Lellang.

Turut tersenarai Klinik Kesihatan Bario, Lio Mato, Long Banga, Pa Dallih, Taman Negara Mulu, Long Panai, Long Seridan, Long Loyang, Long Teran, Long Teru, dan Long Jegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia