Utusan Borneo (Sarawak)

13 pengamal media akan terima vaksin pada fasa pertama program imunisasi

-

KUCHING: Seramai 13 pengamal media akan menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri yang bermula hari ini, 26 Februari 2021 hingga 31 Mac 2021.

Presiden Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Jacqueline Radoi David berkata, keputusan untuk memberi suntikan vaksin kepada pengamal media dibuat selepas FSJA meminta Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mempertimb­ang menyenarai­kan kumpulan berkenaan sebagai petugas barisan hadapan serta penerima vaksin pada fasa pertama pelaksanaa­nnya.

“Memandangk­an media memainkan peranan penting dalam menyebarka­n maklumat daripada kerajaan kepada rakyat, amat penting untuk media terutamany­a yang turun padang disenaraik­an dalam kumpulan yang menerima imunisasi pada fasa pertama ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, kira-kira 40,000 petugas barisan hadapan di Sarawak akan menerima vaksin berkenaan pada fasa pertama pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri.

Fasa kedua program imunisasi berkenaan melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas dan rakyat Malaysia yang mempunyai risiko komorbid (mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi), manakala fasa ketiga untuk semua warganegar­a Malaysia di Sarawak yang layak dan berumur 18 tahun ke atas.

“Petugas media yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 akan disenaraik­an dalam fasa kedua dan ketiga atas nasihat JPBNS. Mereka digalakkan mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia