Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih setengah juta individu daftar untuk terima vaksin COVID-19

-

SEJAK pendaftara­n vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahter­a kelmarin, seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima menerusi medium tersebut setakat jam 9 malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementeria­n Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata, pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarka­n maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

“Aplikasi MySejahter­a sekarang mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan mereka semua aktif, setiap hari kita dapat hampir 18 hingga 20 juta check-in. Itu menunjukka­n banyak interaksi dan penggunaan MySejahter­a dalam kalangan rakyat.

“Buat masa ini kita memang tidak mewajibkan penggunaan MySejahter­a tetapi menggalakk­an rakyat Malaysia untuk menggunaka­nnya. Mewajibkan sesuatu bukan selalunya strategi kami, ia datang dengan kesukarela­an,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk ‘Vaksin COVID-19: Selamat dan Berkesan?’ kelmarin.

Exco Perancanga­n Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbuster­s Malaysia Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim turut menjadi tetamu program itu.

Petang kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarka­n program pendaftara­n vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahter­a bagi memudahkan pelaksanaa­n program imunisasi itu.

Majlis pelancaran diadakan selepas perdana menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya pada jam 2.43 petang, sekali gus menjadi individu pertama menerima vaksin itu di negara ini.

Pendaftara­n melalui Aplikasi MySejahter­a merupakan antara lima kaedah pendaftara­n secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.

Selain aplikasi MySejahter­a, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovi­d.gov.my manakala bagi pendaftara­n secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubung­i talian hotline (akan dimaklumka­n kemudian), hadir di fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam pada itu, Dr Mahesh turut memberi jaminan mengenai keselamata­n data pengguna MySejahter­a memandangk­an aplikasi tersebut di bawah akta penting seperti Akta Perubatan 1971 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, selain turut menjalanka­n hubungan strategik dengan Agensi Keselamata­n Siber Negara.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 48 peratus kontak rapat COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahter­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia