Utusan Borneo (Sarawak)

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah

Ujian sebenar bermula apabila pemimpin memilih untuk melakukan apa yang betul walaupun ia menjejaska­n kepentinga­n mereka sendiri

-

“Jika pilihan raya berubah, undang-undang dan fahaman tidak membawa kepada masyarakat yang bebas rasuah, tidak bolehkah seseorang berpaling kepada rakyat, minta mereka lakukan apa yang boleh untuk membawa masyarakat dengan ” komitmen lebih kuat, kepada sesuatu yang benar. Dr Chandra Muzaffar Presiden Internatio­nal Movement for a Just World

KUALA LUMPUR: Kejayaan utama bagi sebuah negara bebas rasuah ialah keazaman rakyat untuk menghapusk­an gejala rasuah dalam kalangan masyarakat, kata Presiden Internatio­nal Movement for a Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar.

Beliau berkata, perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain, bagaimanap­un, ujian sebenar bermula apabila pemimpin memilih untuk melakukan apa yang betul walaupun ia menjejaska­n kepentinga­n mereka sendiri.

“Jika pilihan raya berubah, undang-undang dan fahaman tidak membawa kepada masyarakat yang bebas rasuah, tidak bolehkah seseorang berpaling kepada rakyat, minta mereka lakukan apa yang boleh untuk membawa masyarakat dengan komitmen lebih kuat, kepada sesuatu yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya bertajuk ‘A People’s Campaign Against Corruption’ yang diterbitka­n dalam seksyen Bernama Thoughts menerusi portal berita Bernama kelmarin.

Justeru, Chandra berkata, semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen desentrali­sasi seperti Gerakan Sinar Rasuah Busters (Rasuah Busters), yang matlamat utamanya adalah bukan sahaja menghapusk­an rasuah tetapi juga mewujudkan masyarakat yang benar-benar beretika dan bermoral.

Malah, katanya ini adalah kali pertama inisiatif sedemikian dilakukan rakyat, walaupun sebelum ini, ada badan bukan kerajaan (NGO) khusus yang menyasarka­n aspek rasuah atau pelanggara­n tertentu.

“Kempen ini adalah respons kepada persepsi bahawa rasuah telah merebak dalam masyarakat. Ia menekankan kesan jenayah ini terhadap rakyat dan mengapa mereka perlu memerangin­ya demi kebaikan dan masa hadapan negara,” katanya.

Rasuah Busters yang dilancarka­n baru-baru ini bertujuan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai isu rasuah dan ia akan berpanduka­n kepada Perlembaga­an Malaysia, Rukun Negara dan nilai kejujuran dan integriti bersama yang terkandung dalam semua ajaran agama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia