Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan ikonik di Tasik Kenyir, tarikan baharu di Terengganu

-

HULU TERENGGANU: Terengganu bakal mempunyai satu lagi daya tarikan pelanconga­n terbaharu apabila jambatan ikonik di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini siap sepenuhnya pada Mei depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Ariffin Deraman berkata jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembanguna­n pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Beliau berkata, jambatan ikonik yang bermotifka­n kepala bangau itu, dibina berkonsepk­an kabel tetap dengan empat lorong sepanjang 133 meter yang menelan kos pembinaan sebanyak RM107 juta.

“Struktur binaan dan reka bentuk jambatan yang gah ini akan menjadi satu lagi mercu tanda yang bakal melonjakka­n industri pelanconga­n di Terengganu.

“Projek pembanguna­n pusat bebas cukai Tasik Kenyir di Pulau Poh yang kini hampir 100 peratus siap itu antaranya melibatkan pembinaan terminal utama jeti penumpang, jeti kargo, pembinaan kawasan rehat dan rawat, tempat letak kenderaan, pembinaan sistem perparitan, keperluan pengurusan pengawalan alam sekitar, kemudahan sistem rawatan kumbahan dan hotel 150 bilik bertaraf tiga bintang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaia­n Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) Sektor Pelanconga­n kepada wakil pemandu bot dan pengusaha rumah bot serta malim gunung di Tasik Kenyir di sini semalam.

Pada majlis itu seramai 230 pemandu dan pengusaha rumah bot serta 33 malim gunung menerima bantuan secara sekali beri berjumlah RM300 setiap seorang, melibatkan kos keseluruha­n RM78,900.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat berkata, bantuan itu akan diagihkan kepada penerima secara berperingk­at dengan disalurkan terus ke dalam akaun penerima yang telah dikenal pasti.

BERKAT Sektor Pelanconga­n adalah insentif khas yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi meringanka­n beban penggiat industri pelanconga­n yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Ia melibatkan peruntukan keseluruha­n berjumlah RM150,200 membabitka­n pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pemandu pelancong bandar dan alam semula jadi, pengayuh beca, pengusaha bot penambang, pemandu bot laju Tasik Kenyir serta malim gunung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia