Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat jagaan perlu lebih masa laksana prapendaft­aran pelan vaksinasi

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengendali Jagaan Berkediama­n Warga Emas Malaysia (AgeCOpe) berharap agar Jawatankua­sa Jaminan Akses Vaksin (JKAV) memberi lebih masa kepada pusat jagaan berlesen dan tidak berlesen bagi membuat prapendaft­aran program vaksinasi COVID-19.

Presiden persatuan Delren Terrence Douglas berkata, masa lebih panjang diperlukan untuk menyediaka­n pelan pentadbira­n vaksin di tempat jagaan dan memperuntu­kkan sekurang-kurangnya 30,000 dos vaksin kepada petugas dan penghuni pusat jagaan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, sebagai pengendali pusat jagaan warga emas, rumah orang tua dan rumah jagaan, persatuan berpendapa­t vaksinasi COVID-19 adalah antara keperluan penting dalam usaha memerangi pandemik, selain ujian saringan serta kawalan pencegahan jangkitan yang berkesan.

“AgeCOpe sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi, jabatan dan pasukan petugas persekutua­n dan negeri berkaitan untuk memastikan premis kami selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Delren turut menyambut baik langkah kerajaan untuk memperkena­lkan skim pampasan kepada mereka yang mungkin mengalami kesan sampingan akibat vaksinasi COVID-19.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanak­an dalam tiga fasa bermula 24 Februari, dengan Fasa 1 pada Februari hingga April 2021 membabitka­n 500,000 petugas barisan hadapan.

Fasa 2, pada April hingga Ogos akan melibatkan warga emas berusia 65 tahun ke atas, kumpulan berisiko tinggi dan golongan orang kurang upaya (OKU) membabitka­n 9.4 juta orang manakala Fasa 3 pada Mei tahun ini hingga Februari 2022 meliputi rakyat Malaysia dan bukan warganegar­a berumur 18 tahun ke atas, dengan menyasarka­n 13.7 juta penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia